Iklan

Bukti baharu dalam kes Najib hanya khabar angin, kata pendakwaan

Noel Achariam2 years ago15th Aug 2022Berita
Najib razak src federal court 07 (1)
Timbalan Pendakwa Raya V. Sithambaram ketika tiba di Mahkamah Persekutuan untuk perbicaraan kes SRC International di Istana Kehakiman, Putrajaya hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 15 Ogos, 2022.
Iklan

MAHKAMAH Persekutuan hari ini diberitahu bahawa usaha pembelaan Najib Razak untuk menyerahkan bukti baharu dalam kes SRC International bernilai RM42 juta adalah berdasarkan apa yang didakwa oleh individu tertentu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Timbalan Pendakwa Raya V. Sithambaram berkata kandungan afidavit bekas perdana menteri itu adalah khabar angin dan mahkamah persekutuan harus menolaknya.

“Tiada apa-apa untuk mahkamah bertindak. Ini khabar angin daripada pihak pembelaan, dan sebenarnya tiada bukti baharu.

“Beliau (Najib) bergantung kepada kenyataan tiga pegawai SPRM dan dua pegawai Maybank yang memberitahu mahkamah dalam perbicaraan SRC untuk menyokong permohonan itu,” katanya.

Sithambaram berkata bahawa afidavit tersebut menunjukkan saksi ini tidak memberitahu secara peribadi kepada bekas perdana menteri itu apa yang sepatutnya diberitahu kepada SPRM.

“Kenyataan saksi-saksi itu adalah khabar angin. Mereka tidak memberitahu perayu.

“Permohonan itu bukan bidaan bukti baharu tetapi merupakan penyamaran untuk memancing keterangan dalam dakwaan konflik kepentingan di pihak hakim perbicaraan Nazlan,” katanya. – 15 Ogos, 2022.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan