Mahkamah Persekutuan tolak permohonan peguam Najib tarik diri
Iklan
MAHKAMAH Persekutuan menolak permohonan peguam Najib Razak, Hisyam Teh Poh Teik untuk menarik diri daripada mewakili bekas perdana menteri itu dalam rayuan terakhirnya pada perbicaraan SRC International.
Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat berkata mahkamah ada kuasa budi bicara untuk membenarkan atau menolak permohonan tersebut.
“Kami memberikan arahan dan alasan kami.
“Kami berpendapat peguam tidak menunjukkan alasan untuk menarik diri. Kami menolak permintaannya untuk menarik diri. Beliau masih dalam rekod sebagai peguam utama,” katanya.
Hisyam kemudian berkata tidak mempunyai sebarang komen mengenai perkara itu.
Tengku Maimun kemudian memerintahkan pihak pendakwaan memulakan hujahan mereka.
Beliau juga berkata masa akan diberikan kepada Hisyam untuk membentangkan hujahannya.
Pendakwaraya ad hoc V. Sithambaram memulakan hujahan. – 18 Ogos, 2022.
Berita penuh di sini.