Iklan

Hisyam sahkan keputusan tidak kemuka hujahan bagi rayuan SRC Najib

Noel Achariam2 years ago19th Aug 2022Berita
Najib razak src federal court 12
Peguam Hisyam Teh Poh Teik menolak tawaran Mahkamah Persekutuan untuk buat penghujahan bagi perbicaraan rayuan terakhir Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 19 Ogos, 2022.
Iklan

PEGUAM Hisyam Teh Poh Teik menolak tawaran Mahkamah Persekutuan untuk membentangkan hujahnya mengenai perbicaraan rayuan terakhir Najib Razak apabila prosiding disambung minggu depan.

Beliau berkata pihak pembelaan tidak akan membuat sebarang penghujahan dalam kes SRC International.

“Pihak pendakwaan telah menyelesaikan hujahannya. Kami diminta datang semula pada Selasa.

“Saya memberitahu mahkamah setakat yang saya tahu kami tidak membuat sebarang penghujahan, saya memberitahu mahkamah,” katanya selepas prosiding mahkamah hari ini.

Terdahulu, Hisyam meminta mahkamah menangguhkan ke Khamis kerana ada urusan mahkamah yang lain.

Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat berkata beliau sudah berkali-kali menyatakan tidak akan ada penangguhan.

“Kita akan teruskan mengikut jadual,” katanya.

Hisyam kemudian memaklumkan mahkamah bahawa beliau tidak mengemukakannya pada Selasa, tetapi Tengku Maimun berkata rayuan itu masih akan diteruskan seperti yang dijadualkan.

“Kamu ada masa sehingga Isnin depan untuk membuat persediaan.”

Hisyam memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak akan membuat sebarang hujahan, sama ada secara lisan atau bertulis.

Tengku Maimun kemudian berkata kepada Hisyam: “Kamu bebas untuk berbuat demikian.

“Tetapi kamu adalah peguam dalam rekod. Kami akan berjumpa kamu pada hari Selasa,” tambah ketua hakim negara.– 19 Ogos, 2022.

Berita penuh di sini. 

Iklan
Iklan