Ahli Umno, keluarga Najib berkumpul di WTC untuk taklimat
Iklan
RIBUAN ahli Umno membanjiri Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini bagi mendengar taklimat khas berkait Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Turut kelihatan isteri bekas perdana menteri Najib Razak, Rosmah Mansor dan anak-anaknya serta peguam Muhammad Shafee Abdullah serta Zaid Ibrahim.
Taklimat khas yang akan disampaikan oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi itu juga dijangka bakal menyentuh soal pemenjaraan Najib Selasa lalu.
Ruangan WTC di hiasi dengan pelbagai kain rentang untuk Najib antaranya tertulis: “Bossku, kami bersamamu”, “Doa untuk Najib” dan “Ini Pendakwaan Politik”.
Antara pemimpin tertinggi yang kelihatan tiba di Dewan Merdeka termasuklah Zahid, Mohamad Hasan (Timbalan Presiden Umno), Ahmad Maslan (Setiausaha Agung Umno), Ab Rauf Yusoh (Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka), Jamal Yunos (Ketua Umno Bahagian Sungai Besar) dan Hishammuddin Hussein (bekas naib presiden). – 27 Ogos, 2022.