Iklan

Hukuman terhadap Najib tidak lemahkan Umno, kata penganalisis

Angie Tan2 years ago29th Aug 2022Berita
Img 0058
Penganalisis berkata pemenjaraan bekas perdana menteri, Najib Razak masih boleh membangkitkan semangat ahli parti walaupun tidak memegang sebarang jawatan selepas disabitkan rasuah pada 2020. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Ogos, 2022.
Iklan

HUKUMAN penjara terhadap Najib Razak tidak akan membawa malapetaka kepada Umno mahupun menguntungkan parti politik yang bergantung kepada undi Melayu, kata penganalisis politik.

Mereka berkata kesan langsung daripada pemenjaraan Najib adalah minimum terhadap pengundi Melayu.

Penganalisis veteran Tang Ah Chai berkata pemenjaraan bekas perdana menteri itu cuma memberi sedikit impak kepada Umno tetapi sejauh mana kesan itu bergantung kepada cara pembangkang menggunakan isu tersebut, termasuk skandal kapal tempur pesisir (LCS) yang boleh menggugat Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa pemimpin parti dahulu dan sekarang.

Beliau berkata parti yang dicemari skandal rasuah itu boleh menjadi terlalu berat bagi sesetengah pengundi dan mereka boleh memilih pesaing parti Melayu lain.

Tang berkata PKR memperoleh sedikit sokongan hasil usaha timbalan presidennya Rafizi Ramli dalam mendedahkan kes rasuah seperti perolehan LCS yang dikaitkan dengan pemimpin Umno.

Sementara itu, katanya bagi sebuah kumpulan serpihan yang sebahagian besarnya terdiri daripada bekas ahli Umno iaitu Bersatu, sokongan terhadap parti pimpinan Muhyiddin Yassin itu daripada ahli Umno yang kecewa masih belum dapat diterjemahkan.

Tang berkata perkara yang sama boleh diperkatakan mengenai parti Pejuang pimpinan bekas perdana menteri dan bekas presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad serta gabungannya Gerakan Tanah Air (GTA) yang baharu ditubuhkan.

“Tidak jelas sama ada mereka akan mendapat manfaat daripada kehilangan Najib. Terlalu awal untuk diperkatakan.

“Kekuatan Pejuang ialah reputasi pemimpin tertentu. Parti ini kekurangan sokongan akar umbi yang kuat.” – 29 Ogos, 2022.

Berita penuh di sini.

Pemerhati politik menjangkakan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi turut akan menjadi lemah tanpa kehadiran Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Ogos, 2022.

Iklan
Iklan