Iklan

KKM lapor 1,946 kes baharu Covid-19, 8 kematian

Raevathi Supramaniam2 years ago30th Aug 2022Berita
50944966298 34b84c9bc2 o
Iklan

MALAYSIA mencatatkan 1,946 kes baharu Covid-19 dan lapan kematian semalam, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Selangor mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 673 kes, diikuti Kuala Lumpur (246), Sabah (180), Perak (139), Kelantan (99), Kedah (86), Johor (85), Melaka (85), Negeri Sembilan (83), Pulau Pinang (72), Terengganu (54), Sarawak (53), Pahang (45), Putrajaya (39) dan Perlis (7).

Tiada kes dilaporkan di Labuan.

Pangkalan data GitHub menunjukkan empat kematian dilaporkan masing-masing di Johor dan Selangor.

Ketika ini terdapat 1,312 pesakit dimasukkan ke hospital Covid-19 dengan 25 ditempatkan di unit rawatan rapi, manakala 50 memerlukan alat bantian pernafasan. – 30 Ogos, 2022.

Iklan
Iklan