Iklan

Najib dirawat di hospital, dilaporkan stabil

Elill Easwaran2 years ago4th Sep 2022Berita
Najib razak20170519 tmihasnoor 03
Jenis masalah kesihatan Najib yang sedang menjalani hukuman penjara itu tidak diketahui. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 September, 2022.
Iklan

BEKAS Perdana Menteri, Najib Razak dimasukkan ke sebuah hospital namun keadaannya stabil lapor Astro Awani.

“Ya Datuk Seri dalam keadaan stabil dan sedang melalui kesemua siasatan perubatan yang sewajarnya,” kata pegawai Najib kepada Atro Awani.

Namun jenis masalah kesihatan Najib yang sedang menjalani hukuman penjara itu tidak diketahui.

Minggu lalu  Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atas Najib bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International.

Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas beliau pada 28 Julai 2020.

Pada 8 Disember 2021 beliau turut gagal mengetepikan sabitan dan hukuman itu di peringkat Mahkamah Rayuan. – 4 September, 2022.

Iklan
Iklan