Selangor siap siaga hadapi banjir, kata exco
Iklan
SELEPAS bah besar melanda Selangor pada tahun lalu, kerajaan negeri memastikan semua persiapan serba lengkap dalam memastikan situasi seumpama itu dapat dikendalikan dengan sempurna pada masa depan, kata exco negeri Izham Hashim said.
Ketika negara memasuki musim monsun, Izham berkata kerajaan negeri dalam keadaan bersiap sedia untuk menangani sebarang isu banjir.
Pengerusi jawatankuasa infrastruktur dan pertanian itu berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM57.95 juta bagi memastikan banjir tidak lagi berlaku di Taman Sri Muda, Hulu Langat dan beberapa kawasan lain.
“Kerajaan negeri memberi peruntukan tahun ini kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk melaksanakan projek berkenaan.
“Ini bagi memastikan kawasan terbabit terlindung daripada banjir kilat,” katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri turut menubuhkan jawatankuasa khas Skim Jaminan Sumber Air bagi menangani masalah di Taman Sri Muda dan Hulu Langat – dua kawasan paling teruk terjejas dalam kejadian bencana Disember tahun lalu.
Izham berkata jawatankuasa itu terdiri daripada wakil JPS, Lembaga Urus Air Selangor (Luas) dan agensi berkaitan lain bagi menyelaras kerja tebatan banjir.
“Fokus asal jawatankuasa ini untuk menyelaras kerja tebatan banjir membabitkan peruntukan daripada kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan anak syarikat kerajaan di kawasan kritikal, diikuti dengan kawasan lain.”
Tahun lalu, hujan lebat luar biasa berlaku pada 17 hingga 18 Disember menyebabkan banjir besar di Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang.
Bencana itu mengorbankan 54 nyawa dan menyebabkan 70,000 berdepan kemusnahan tempat tinggal. Selangor, terutama di Taman Sri Muda dan sekitar kawasan Shah Alam, antara paling teruk terjejas.
Awal minggu ini, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) diaktifkan serta merta untuk menyelaras respons perkhidmatan di semua kawasan cenderung banjir berikutan banjir mungkin melanda dengan kedatangan monsun.
Pada 26 Ogos, Menteri Besar Selangor Amiruddin Shaari berkata pihak berkuasa akan menjalankan latihan simulasi banjir, dengan fokus kepada menambah baik proses operasi mencari dan menyelamat.
Beliau berkata sebagai tambahan, latihan simulasi itu juga akan membabitkan proses menggerakkan bilik operasi dan bilik bantuan.
“Ketika banjir sebelum ini, operasi mencari dan menyelamat kami agak perlahan tetapi proses lain lebih baik.
“Jadi, sekarang kita perlu belajar daripada pengalaman lalu untuk baik pulih keadaan, contohnya jika banjir berlaku, bagaimana kita hendak jalankan operasi mencari dan menyelamat, bagaimana membunyikan penggera dan sebagainya,” katanya.
127 zon banjir di Selangor
Sementara itu, Izham berkata langkah proaktif serta merta akan diambil di negerie ini, iaitu termasuk skop memulihkan struktur kawalan air, empangan sungai, pertahanan pantai, memulihara parit dan juga sungai.
“Sebanyak 22 projek sudah selesai dan tujuh lagi dalam proses pelaksanaan.”
Izham berkata setakat 31 Ogos, 2022 terdapat 127 kawasan mudah banjir di in Selangor.
Katanya, 20 kawasan dikenal pasti di mana insiden banjir berlaku lebih daripada sekali, iaitu di Kuala Selangor, Gombak, Klang, Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat.
“Kerajaan negeri akan menjalankan latihan simulasi bulan ini sebagai persediaan menghadapi banjir.
“Latihan itu akan fokus kepada penambahbaikan operasi, mencari dan menyelamat serta proses membuka bilik operasi dan bilik bantuan.
“Ini kerajaan kerajaan negeri ambil perhatian terhadap insiden banjir tahun lalu, di mana operasi mencari dan menyelamat agak terlewat.” – 14 September, 2022.