Iklan

Pulau Pinang akan kekal bersama DAP selepas PRU15, kata penganalisis

Angie Tan2 years ago28th Sep 2022Berita
50318872943 2cacff1e0d o
Pemerhati politik yakin DAP akan terus kekal mentadbir Pulau Pinang pada PRU15, walaupun perdana menteri mendakwa BN akan menawan kembali negeri itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 September, 2022.
Iklan

MCA tidak ada peluang untuk menggulingkan DAP di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), tidak kiralah apa pun juga yang dikatakan Perdana Menteri Sabri Yaakob, kata pemantau politik.

Mereka berkata dakwaan Ismail Sabri baru-baru ini berkenaan semangat dan kerjasama Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang akan membolehkan gabungan itu memenangi semula hati rakyat di sana, adalah optimistik yang silap.

Perbicaraan kes rasuah membabitkan bekas ketua menteri dan pengerusi DAP Lim Guan Eng juga tidak cukup kuat untuk menanggalkan cengkaman parti itu selama 14 tahun di Pulau Pinang sejak dirampas dari Gerakan – parti komponen BN pada 2008, kata mereka.

Ismail Sabri dalam satu kenyataan di Facebook selepas lawatannya ke Pulau Pinang Pinang berkata beliau dapat merasakan ikatan antara pemimpin BN di sana kuat dan jentera pilihan raya BN juga bersiap sedia untuk berdepan dengan PRU15.

Bagaimanapun, pengulas isu sosial dan politik terkenal, Vincent Thock Kiah Wah menolak dakwaan Ismail Sabri, dan berkata adalah biasa untuk pemimpin BN membuat kenyataan seumpama itu menjelang pilihan raya.

Katanya kepada The Malaysian Insight, dalam kes ini Ismail Sabri hanya cuba menaikkan semangat dan moral MCA.

Thock berkata BN sering melihat Pulau Pinang sebagai negeri yang penting untuk ditadbirnya.

“Ia negeri yang maju. Jadi untuk BN, mereka tidak mahu DAP terus berkuasa untuk penggal ketiga berturut-turut di negeri itu.

“Sebab itulah Ismail Sabri buat dakwaan seperti itu. Saya tidak sokong dakwaannya itu.

“Sepanjang 14 tahun DAP mentadbir, ia meraih reputasi yang baik, membawa pertumbuhan ekonomi kepada Pulau Pinang dan dikagumi kerana mempunyai polisi yang mengambil berat semua kaum,” kata Thock.

Beliau berkata setiap kerajaan ada silap dalam setiap kegagalan mereka dan Pulau Pinang juga begitu.

Tetapi katanya, kerajaan DAP tidak terbabit dalam kontroversi atau skandal besar yang menjejaskan keyakinan orang ramai.

“Berdasarkan kepada rekod kemajuan mereka yang kuat, DAP dan gabungan PH berada dalam kedudukan yang baik untuk mengekalkan kuasa.”

Pakar sains politik Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) Liew Wui Chern berkata tidak ada tanda tindak balas politik daripada perbicaraan kes rasuah yang sedang berlangsung, yang boleh menjejaskan kerajaan Pulau Pinang.

“Jadi kata-kata Ismail Sabri untuk merampas semula Pulau Pinang hanyalah untuk naikkan semangat BN Pulau Pinang, khususnya MCA.

Liew berkata kenyataan Ismail Sabri itu untuk memberikan MCA satu matlamat untuk dicapai.

Bagaimanapun, kata jika MCA boleh melakukan kejutan dan menggulingkan DAP di Pulau Pinang, ia akan menjadi sesuatu yang betul-betul mengagumkan.

“Lebih pun, Pulau Pinang pernah ditadbir oleh MCA. Gerakan sebelum DAP,” katanya. – 28 September, 2022.

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan