Rafizi gesa pemimpin dahulukan nyawa berbanding kuasa
Iklan
TIMBALAN Presiden PKR Rafizi Ramli melancarkan petisyen bagi membantah pilihan raya ketika musim banjir.
Beliau menggesa rakyat supaya mengarahkan kerajaan memilih nyawa berbanding kuasa.
“Hanya rakyat boleh menghantar isyarat bahawa mereka mahu ahli politik menumpukan perhatian kepada banjir, bukan mengejar jawatan melalui pilihan raya,” tulis Rafizi dalam petisyen itu.
“Tandatangani petisyen ini dan kongsikan dengan seramai mungkin orang. Beribu-ribu suara akan didengari oleh ahli politik.”
Petisyen itu telah dimuat naik semalam. Setalat 9.43 pagi, ia menerima 5,687 tandatangan daripada sasaran 7,500 tandatangan.
Ahli politik Barisan Nasional menyokong saranan pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi untuk pilihan raya diadakan ketika musim banjir.
Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran tentang banjir di pelbagai tempat pada bulan November.
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mendapat tekanan hebat daripada partinya, Umno untuk membubarkan Parlimen.
Pembangkang menentang idea itu, menuduh Zahid kemaruk kuasa. – 28 September 2022.
Berita penuh di sini.