Iklan

Menteri Perikatan takut kalah jika pilihan raya tahun ini, kata Zahid

Alfian Z.M. Tahir2 years ago6th Oct 2022Berita
Umno general election meeting 10
Ahmad Zahid Hamidi berkata ahli Parlimen Perikatan Nasional yang melompat parti sedar mereka mempunyai peluang tipis untuk menang di dalam PRU15. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Oktober, 2022.       
Iklan

PERIKATAN Nasional (PN) takut ditolak pengundi, kata Ahmad Zahid Hamidi selepas surat penolakan pilihan raya awal dihantar oleh 12 menteri gabungan itu kepada Yang di-Pertuan Agong Rabu lepas.

Dalam catatan di Facebook presiden Umno itu berkata menteri PN bimbang terutama mereka yang berpaling tadah kepada gabungan itu selepas Langkah Sheraton yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan.

“Mereka berkhianat demi mendapat laba politik, jawatan dan kedudukan.

“Pengundi marah ketika kempen PRU14 bercakap berdegar-degar dan janji pula melangit. Kata demi pengundi, demi parti disayangi. Akan tetapi apabila menang, melompat ke parti lain.

“Yang lompat parti dan menjadi menteri sekarang sedar bahawa peluang mereka untuk menang sangat tipis!,” katanya ahli Parlimen Bagan Datuk itu dalam satu kenyataan di Facebook

Zahid menggesa pilihan raya awal dan memberi tekanan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk mendapatkan perkenan Agong untuk membubarkan Parlimen.

Ismail Sabri mengadap Yang di-Pertuan Agong petang tadi.

Dalam catatan ringkas kemudian di laman Facebook Istana Negara, pihak istana berkata mesyuarat itu membincangkan “hal pentadbiran dan isu berkaitan kerajaan”.

“Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka Baginda untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama YAB Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,” tulis catatan itu.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan menteri PN menghantar petisyen kepada Agong agar pilihan raya diadakan tahun depan dan bukannya tahun ini berikutan kemungkinan banjir besar.

Dalam mengesahkan laporan berita, beliau berkata surat itu diserahkan kepada baginda semalam selepas mesyuarat semua parti komponen PN.

“Ya, kami menghantar surat itu malam tadi kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Kami masih belum menerima jawapan mengenainya setakat ini,” kata menteri alam sekitar dan air semasa sidang media. 

Zahid seterusnya berkata semua menteri PN bertekad untuk mengekalkan jawatan mereka dan menyasarkan menteri tertentu yang tewas dalam pilihan raya sebelum ini hanya untuk dijadikan menteri kanan dalam Kabinet.

Beliau kemudiannya memberi amaran kepada ahli Parlimen Umno yang ingin bekerjasama dengan PN.

“Umno dan BN tidak akan berkompromi sekiranya terdapat pengkhianat parti,” tambahnya. – 6 Oktober, 2022.       

Iklan
Iklan