Iklan

Belanjawan gembirakan rakyat untuk pulihkan ekonomi, kata pemerhati

Alfian Z.M. Tahir2 years ago7th Oct 2022Berita
52410660219 7a78dc65b6 b (1)
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz hari ini mengumumkan Belanjawan 2023 terbesar dalam sejarah Malaysia, memperuntukkan RM372.3 bilion untuk tahun depan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Oktober, 2022.
Iklan

BELANJAWAN 2023 yang diumumkan Tengku Zafrul Abdul Aziz adalah bajet pilihan raya dan juga bajet untuk meningkatkan ekonomi negara yang masih belum pulih sejak pandemik Covid-19, kata pemerhati politik.

Menurut mereka, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob cuba mengekalkan momentum semasa dengan pelbagai rancangan pemulihan ekonomi serta bantuan dan subsidi kepada rakyat khususnya golongan B40.

Putrajaya hari ini melancarkan salah satu belanjawan terbesar dalam sejarah Malaysia, memperuntukkan RM372.3 bilion untuk tahun depan.

Ini adalah peningkatan 12% daripada tahun sebelumnya apabila RM332 bilion diperuntukkan.

Tiga penerima utama Bajet 2023 ialah Kementerian Kewangan (RM67.2 bilion), Kementerian Pendidikan (RM55.6 bilion) dan Kementerian Kesihatan (RM36.1 bilion) iaitu 43.3% daripada jumlah perbelanjaan.

Sejumlah RM272.3 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi kerajaan, meningkat 16.6% daripada RM233.5 bilion dalam Bajet 2022.

Dr James Chin dari Universiti Tasmania memberitahu The Malaysian Insight bahawa belanjawan itu adalah bajet pilihan raya populis kerana setiap segmen mendapat jumlah peruntukan tertentu.

Beliau menyifatkan strategi kerajaan menyasarkan wanita adalah langkah bijak memandangkan ramai pengundi bawah umur 21 tahun yang keluar mengundi pada pilihan raya negeri Johor adalah wanita.

“Setiap kumpulan mendapat sesuatu. Wanita, M30 dan B50 mendapat paling banyak. Skim dan program Bantuan Keluarga Malaysia atau BKM akan merangkumi 70 hingga 75% pengundi.”

“Ini mesti dilakukan kerana pilihan raya semakin hampir. Kerajaan cuba mencapai sekurang-kurangnya 65% penduduk secara langsung. Saya boleh katakan ini adalah bajet Umno,” kata ahli akademik itu. – 7 Oktober, 2022.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan