Iklan

Gerakan Tanah Air guna lambang Pejuang bertanding PRU15

Noel Achariam2 years ago11th Oct 2022Berita
Mahathir yayasan perdana tmi 06
Dr Mahathir Mohamad pada sidang akhbar hari ini berkata GTA akan guna lambang Pejuang untuk bertanding pada PRU15. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 11 Oktober, 2022.
Iklan

GERAKAN Tanah Air (GTA) akan menggunakan lambang Pejuang untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Bekas perdana menteri itu berkata ia susulan GTA masih belum berdaftar sebagai gabungan parti politik secara rasmi.

“Kerajaan (sebelum ini) masih belum meluluskan permohonan GTA dan Parlimen sudah dibubarkan.

“Jadi kami memutuskan untuk bertanding menggunakan lambang dan bendera Pejuang. Pejuang akan menggantikan GTA,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Pada 4 Ogos, Dr Mahathir menubuhkan GTA yang terdiri daripada Pejuang, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia dan Parti Perikatan India Muslim Nasional.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata Putra yang akan bertanding di Kelantan, akan menggunakan logonya sendiri.

“Putra akan bertanding menggunakan logonya sendiri di Kelantan, tetapi di negeri lain mereka guna lambang Pejuang.” – 11 Oktober, 2022.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan