Iklan

Hentikan guna jentera kerajaan semasa berkempen, kata pemerhati politik

Noel Achariam2 years ago15th Oct 2022Berita
Thomas fann 220920
Pengerusi Bersih Thomas Fann berkata jentera negeri dijangka akan digerakkan bagi membantu calon parti pada pilihan raya akan datang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Oktober, 2022.
Iklan

TIDAK seperti pilihan raya umum atau negeri sebelum ini, perlu ada pemeriksaan ketat kali ini bagi memastikan parti politik tidak menyalahgunakan sumber negara semasa tempoh berkempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata pemerhati politik.

Mereka berkata hanya sedikit tindakan diambil terhadap mereka yang melanggar undang-undang pilihan raya atau menyalahgunakan sumber negara dalam pilihan raya lalu.

Pemerhati berkata ini perlu dihentikan dan pihak berkuasa mesti melihat potensi penyalahgunaan dan bertindak tegas terhadap mereka yang terus berbuat demikian.

Pengerusi Bersih Thomas Fann berkata, jentera negeri dijangka akan digerakkan bagi membantu calon parti pada pilihan raya akan datang.

“Bersih telah mengeluarkan kenyataan mengkritik penyalahgunaan sumber negara kerana ia menjadikan medan permainan politik tidak sekata kerana pembangkang tidak dapat mengakses sumber tersebut,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Beliau berkata dalam pilihan raya sebelum ini, termasuk 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan, menteri akan mengadakan lawatan ke kawasan pilihan raya dan mengumumkan projek baharu atau menyampaikan geran kepada masyarakat setempat.

Isnin lalu, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen, bagi memberi laluan kepada PRU15.

PRU15 perlu diadakan 60 hari selepas Parlimen dibubarkan. Suruhanjaya Pilihan Raya akan menetapkan tarikh tersebut pada hari Isnin.

Fann berkata adalah sukar untuk mengambil tindakan kerana undang-undang sedia ada tidak mencukupi untuk menjenayahkan perbuatan tersebut.

“Pada masa ini ia lebih kepada pelanggaran etika berbanding undang-undang.

“Akta Kesalahan Pilihan Raya atau Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu dipinda termasuk menggunakan sumber negeri apabila Parlimen dibubarkan atau pilihan raya kecil diisytiharkan, satu kesalahan.”

Ini katanya, bagi mengelakkan salah guna seperti itu berulang.

Felo kanan di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun berkata mereka (parti) tidak seharusnya mempengaruhi pengundi secara berlebihan dengan memberi habuan.

“Tetapi lazimnya kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri sudah tentu masih menggunakan jawatan yang disandang mereka untuk menyampaikan habuan dalam pelbagai tahap.”

Penganalisis politik Universiti Tasmania James Chin berkata tidak kira sama ada mereka negeri atau kerajaan mereka terikat untuk menyalahgunakan jentera di bawah kawalan mereka.

“Ini adalah bahagian standard politik Malaysia jadi tiada apa yang akan berubah.” – 15 Oktober, 2022.

Iklan
Iklan