Iklan

Peratus keluar mengundi rendah jika PRN berasingan, kata pemerhati

Noel Achariam2 years ago15th Oct 2022Berita
By election port dickson polling day 01
Pemerhati politik berkata PRN dan persekutuan yang diadakan berasingan mungkin menyaksikan peratusan keluar mengundi rendah sama seperti di Johor dan Melaka. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Oktober, 2022.
Iklan

PERATUSAN keluar mengundi mungkin rendah jika pilihan raya negeri (PRN) dan persekutuan diadakan secara berasingan adalah tinggi jika dilihat daripada PRN di Melaka, Sarawak dan Johor yang akhirnya menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang, kata pemerhati politik.

Pengerusi Bersih Thomas Fann berkata ia mungkin tidak menjejaskan peratusan keluar mengundi dalam pilihan raya persekutuan tetapi mungkin akan menghalang orang ramai daripada mengundi pada PRN akan datang.

Beliau berkata ini terutama bagi pengundi yang bekerja dan tinggal di luar negeri.

“Daripada peratusan keluar mengundi yang rendah pada PRN di Melaka, Sarawak dan Johor baru-baru ini, malah mengambil kira sekatan Covid-19, pengundi nampaknya tidak memberi keutamaan kepada PRN,” katanya kepada Malaysian Insight.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, peratusan keluar mengundi pada PRN Melaka ialah 65%, Johor (54%) dan Sarawak (60%).

Pada 5 Oktober, ketua pembangkang Anwar Ibrahim berkata tiga negeri pimpinan Pakatan Harapan tidak akan membubarkan DUN jika pilihan raya umum (PRU) diadakan tidak lama lagi.

Ini, katanya bagi membolehkan pemimpin negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang menumpukan perhatian kepada persiapan banjir dan membantu mangsa.

Pada Isnin, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen, membuka jalan kepada PRU15.

Fann berkata nampaknya tidak banyak keterujaan mengenai PRU akan datang kerana ia diadakan semasa musim tengkujuh.

“Ceramah besar mungkin tidak banyak kerana jelas tiada keterujaan.

“Walaupun ia adalah permulaan musim hujan dan mungkin berlaku banjir di beberapa kawasan.

“Tetapi mood mungkin berubah dalam dua minggu terakhir sebelum hari mengundi seperti yang kita lihat dalam pilihan raya lalu.”

Bagi PRN, beliau berkata minat nampaknya lebih rendah melainkan terdapat beberapa keadaan luar biasa yang menyebabkan orang ramai keluar mengundi.

“Selain itu, tanpa dibebani dengan pilihan raya persekutuan, kepimpinan negara dan sumber semua parti akan dikerahkan kepada PRN dan ini boleh meningkatkan minat pengundi.”

Mengenai sama ada semua parti akan menumpukan hanya kepada isu nasional sehingga perkara negeri diabaikan, Fann berkata semasa pilihan raya sebelum ini di mana kedua-dua pilihan raya diadakan serentak, isu nasional akan mendominasi.

“Walaupun mungkin tidak ada PRN untuk beberapa negeri, parti tetap akan membuat tawaran kepada negeri ini kerana sesiapa yang mengawal kerajaan persekutuan mempunyai suara yang besar dalam pembangunan negeri.”

Oh Ei Sun, felo kanan di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata beliau ragu-ragu mengenai peratusan keluar mengundi.

Beliau berkata pilihan raya yang dilakukan berasingan mungkin menyaksikan peratusan keluar mengundi rendah sama seperti di Johor dan Melaka.

“Saya juga berpendapat keghairahan untuk mengadakan perhimpunan awam kali ini mungkin lebih rendah kerana Langkah Sheraton mengecewakan ramai pengundi.”

Mengenai isu yang akan dibangkitkan parti semasa pilihan raya, Oh berkata walaupun kedua-dua pilihan raya serentak, isu nasional lazimnya mengatasi isu negeri.

Beliau juga berpandangan peratusan keluar mengundi untuk PRN tidak akan menjadi lebih baik atau teruk jika PRU diadakan.

Penganalisis politik Universiti Tasmania James Chin percaya peratusan keluar mengundi akan berdasarkan apa yang orang ramai rasa mengenai pilihan raya pada hari itu mengenai cuaca, pengangkutan dan isu lain.

“Ia tidak bergantung sama ada ia PRN atau persekutuan serentak atau hanya PRU15.

“Tiada satu senario yang sesuai untuk semua. Jika ada calon berprofil tinggi di kerusi tertentu, sudah tentu jumlah keluar mengundi baik.”

Beliau juga berkata isu nasional akan dimainkan oleh parti sekiranya PRN tidak diadakan, tetapi pada masa sama isu tempatan tidak akan diabaikan. – 15 Oktober, 2022.     

Iklan
Iklan