Iklan

Calon, parti perlu bijak tawan pengundi kali pertama, kata penganalisis

Angie Tan2 years ago21st Oct 2022Berita
Undi18 march 27, 2021 afif 10
Young people demand the enactment of the law lowering the voting age to 18, in Kuala Lumpur, on March 27, 2021. – The Malaysian Insight file pic, September 8, 2022.
Iklan

NARATIF politik lama dan basi seperti perlu selamatkan negara daripada kleptokrasi, bankrap, ancaman daripada ekstremis Islam atau menghukum pengkhianat dalam Langkah Sheraton, tidak akan mampu menawan enam juta Undi18 dan Pendaftaran Pengundi Automatik (AVR), kata penganalisis.

“Golongan muda dan pengundi kali pertama ini mungkin tidak menyertai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jika calon dan parti politik teruskan dengan isu yang tidak ada tarikan dengan mereka.

“Ini seperti ini tidak akan berkesan dengan pengundi Undi18 dan AVR,” kata mereka.

Tetapi jika mereka keluar mengundi, mereka mungkin menjadi kingmaker, kata penganalisis.

Mereka berkata pengundi kali pertama antara keutamaan kepada semua parti politik pada pilihan raya umum ini.

“Pengundi muda dan kali pertama lebih berminat dengan isu kos sara hidup,” kata Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor Bahagian Belia (KLSCAH) Kelvin Lee kepada The Malaysian Insight.

Lee berkata pengundi lebih tua juga ada isu mereka.

Beliau berkata antara sebab yang boleh menyebabkan pengundi berusia tidak berminat mengundi tahun ini ialah bosan dengan perbalahan politik yang tercetus sejak empat tahun lalu.

Sehubungan itu katanya, calon dan parti perlu memikirkan idea inovatif bagaimana menarik pengundi muda dan tua untuk keluar mengundi.

“Mereka perlukan alasan untuk keluar mengundi,” kata Lee.

Bagi pengundi muda, Lee berkata ia bakal menjadi tugasan yang sangat mencabar.

“Jika mereka mahu sokongan orang muda, ahli politik tidak boleh lagi sekadar lontarkan slogan kosong dan janji semata-mata.

“Ringkasnya, ini masanya untuk persoalan yang rasional. Kalau tidak, kita bakal melihat jumlah yang keluar mengundi sangat rendah, sama seperti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

“Jika pengundi tidak berminat keluar mengundi, bagaimana kita hendak mengharapkan pengundi yang bekerja di luar negara untuk pulang mengundi, jika mereka tidak ada sebab untuk berbuat demikian,” kata Lee. – 21 Oktober, 2022.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan