KKM lapor 2,618 kes baharu Covid-19
Iklan
MALAYSIA merekodkan 2,618 kes baharu Covid-19 pada Sabtu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kepada 4,880,005, lapor Kementeri Kesihatan (KKM).
Terdapat 27,299 kes aktif dengan 26,186 atau 95.9% menjalani kuarantin di rumah.
Negara juga mencatatkan 1,841 pemulihan menjadikan jumlah kumulatif pemulihan kepada 4,816,262.
Empat lagi kematian dilaporkan dengan dua kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital.
Sejak pandemik, Malaysia mencatatkan 36,444 kematian yang dikaitkan dengan Covid-19.
Sehingga Sabtu, sebanyak 1,066 pesakit dirawat di hospital manakala 47 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi. – 23 Oktober, 2022.