Iklan

Peja tak nak jadi MB Perak lagi

Alfian Z.M. Tahir2 years ago24th Oct 2022Berita
Img 7817
Ahmad Faizal Azumu pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Perak semasa pentadbiran PN. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Oktober, 2022.
Iklan

PENYANDANG ADUN Chenderiang Ahmad Faizal Azumu tidak menyimpan cita-cita untuk menjadi menteri besar lagi.

Bercakap kepada wartawan, Faizal atau lebih dikenali sebagai Peja berkata, beliau akan fokus untuk mempertahankan kerusi Parlimen Tambun.

“Kami belum membuat keputusan (mengenai siapa yang kami turunkan) untuk Chenderiang. Secara peribadi, saya mahu fokus kepada Tambun. Ini tiada kena mengena dengan Anwar. Cuma saya rasa lebih baik beri peluang kepada orang lain untuk menyinar,” kata pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak itu.

Faizal yang berkhidmat sebagai Menteri Besar Perak semasa pentadbiran PN akan bertanding menentang ketua pembangkang Anwar Ibrahim.

“Saya mempunyai pengalaman sebagai ADUN dan menteri besar. Saya tidak mahu menjadi seperti parti lain yang berebut jawatan menteri besar,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum 2018, Faizal, yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan menggunakan logo PKR, memenangi kerusi itu dengan majoriti 5,320 undi dalam pertandingan tiga penjuru menentang calon Barisan Nasional dan PAS.

Pada 20 Oktober, Anwar mengumumkan akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Anwar, yang juga pengerusi PH, adalah ahli Parlimen Port Dickson sebelum pembubaran Parlimen pada 10 Oktober. – 24 Oktober, 2022.

Iklan
Iklan