Iklan

Tony Pua tidak akan bertanding pada PRU15

Noel Achariam2 years ago26th Oct 2022Berita
Tony pua october 26, 2022 tmi afif 04
Penyandang Ahli Parlimen Damansara Tony Pua malam ini mengumumkan beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 26 Oktober, 2022.
Iklan

PENYANDANG Ahli Parlimen Damansara Tony Pua malam ini mengumumkan beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke dan Ketua DAP Selangor Gobind Singh Deo cuba meyakinkan beliau untuk terus bertanding.

“Tetapi ini keputusan yang dibuat bertahun-tahun lalu untuk mengundurkan diri.

“Saya masih percaya pada sebabnya. Saya masih percaya pada perubahan. Rakyat Malaysia masih boleh melakukannya (menang PRU15),” katanya pada majlis makan malam kutipan dana DAP di Kelana Jaya. 

Pua berkata beliau tidak akan hilang tanpa penjelasan kerana menyedari kekuatan dan kelemahannya serta akan terus membantu parti mencapai matlamatnya pada pilihan raya akan datang.

“Saya lebih gembira untuk menyumbang apabila kita (Pakatan Harapan) menjadi kerajaan.

“Saya akan bersusah payah sekali lagi dengan menteri-menteri DAP untuk membantu,” katanya

Loke berkata beberapa bulan lalu Pua ada menyatakan beliau tidak akan bertanding.

“Tetapi beliau akan memainkan peranan dalam parti. Kami cuba meyakinkannya untuk bertanding, tetapi ia adalah keputusannya (untuk tidak bertanding).

“Saya boleh memberi jaminan ia bukan kerana keputusan pemilihan parti.

“Beliau akan membantu DAP di belakang tabir. Saya memujinya kerana beliau adalah ahli Parlimen paling rajin di Parlimen,” katanya. – 26 Oktober, 2022.

Iklan
Iklan