KKM lapor lebih 3,000 kes Covid buat kali pertama sejak Ogos
Iklan
BUAT pertama kali sejak pertengahan Ogos, terdapat lebih 3,000 jangkitan Covid-19 direkodkan setiap hari, menurut Kementerian Kesihatan.
Dalam perkembangan Covid terbaharu, sebanyak 3,296 kes baharu direkodkan semalam, lebih 65% daripadanya di Lembah Klang (2,150 kes).
Lebih 4.89 juta kes telah dilaporkan di Malaysia sejak bermulanya wabak itu.
Kira-kira 1,960 orang pulih semalam.
Kini terdapat 30,055 kes aktif, yang mana 28,721 pesakit menjalani kuarantin di rumah.
Sementara itu, tiada pesakit berdaftar di pusat kuarantin, dengan 1,276 orang menerima rawatan di hospital.
Kira-kira 58 orang dirawat di unit rawatan rapi, yang mana 35 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
Satu kematian dilaporkan, menjadikan jumlah kematian kepada 36,463. – 29 Oktober 2022.