Saya tidak pernah sokong Tian Chua sebagai calon bebas, kata Rafizi
Iklan
TIMBALAN Presiden PKR Rafizi Ramli menolak dakwaan yang beliau menyokong Tian Chua untuk bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu hari ini, Rafizi diminta menjelaskan sokongannya kepada bekas ahli Parlimen dua penggal untuk kerusi Batu.
“Saya tidak pernah cakap begitu,” katanya ketika disoal wartawan.
Rafizi berkata beliau memberitahu media ia adalah hak demokrasi Tian Chua untuk bertanding sebagai calon bebas.
“Saya ditanya perkara itu sebaik saja selepas hari penamaan dan saya berkata kepada media ia adalah hak demokrasi beliau dalam pilihan raya.
“Video itu ada di Facebook kami. Tentulah mengarut untuk pengarah pilihan raya PKR memberikan restunya kepada seseorang yang bertanding melawan calon daripada partinya sendiri.
“Ini kali pertama saya dengar laporan seperti ini,” kata Rafizi yang akan bertanding di Pandan pada PRU15. – 7 November, 2022.
Berita penuh di sini.