Menteri cabar Guan Eng berdebat berhubung projek terowong Pulau Pinang
Iklan
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri Wee Ka Siong mencabar ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk berdebat berhubung projek terowong dasar laut yang masih disiasat berikutan dakwaan rasuah dan penyelewengan.
“Jika Guan Eng masih tidak puas hati dengan saya, daripada (menjadi) pengecut (dan) menggelar saya sebagai “manusia yang hina” dalam kenyataan media, mungkin Guan Eng cukup berani untuk cabar saya dalam debat terbuka mengenai terowong Pulau Pinang,” kata Wee yang juga timbalan presiden MCA, dalam satu kenyataan hari ini.
Projek bernilai RM6.3 juta itu kini disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang turut menahan dua ahli perniagaan berhubung kes berkenaan.
Wee berkata ketua menteri itu perlu mengakui kerajaan yang diterajui DAP telah mengamanahkan syarikat baru, yang tidak berkelayakan untuk projek pembinaan bernilai berbilion ringgit itu.
“Guan Eng sepatutnya mengakui bahawa kerajaan negeri DAP di bawahnya telah memberi projek mega berbilion ringgit kepada yang tidak layak yang hanya 82 hari pada masa penganugerahan itu, berdasarkan syarat yang sangat berat sebelah.”
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata selain memberikan alasan tidak logik, Lim juga perlu menjelaskan mengenai dakwaan bayaran RM22 juta dalam cubaan untuk menutup salah laku rasuah.
Pada Sabtu lalu, Lim mengeluarkan kenyataan menggelar Wee sebagai “hina” kerana berbohong bahawa setiausaha kerajaan negeri Farizan Darus memilih kumpulan Zenith Consortium untuk pembinaan terowong dan tiga lebuh raya, walaupun menyedari syarikat berkenaan tidak memenuhi syarat keperluan bayaran modal minimum RM381 juta.
Konsortium Zenith BUCG memenangi tender untuk projek pembinaan itu pada 2013, dengan syarikat China, Chinese firm China Railway Construction Corporation (CRCC) menandatangani perjanjian sebagai perunding kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan perunding reka bentuk untuk projek itu.
BUCG meninggalkan konsortium itu pada September 2016 selepas kren di tapak pembinaan di Kuala Lumpur tumbang dan menyebabkan seorang penunggang motosikal terbunuh.
Zenith Construction kemudiannya mengambil alih 95% pegangan saham dalam konsortium.
Konsortium itu kini dikenali sebagai Consortium Zenith Construction Sdn Bhd. – 5 Mac, 2018.