Kira-kira 75% golongan muda mengundi pada PRU15, kata Undi18
Iklan
KUMPULAN Undi18 menganggarkan kira-kira 75% pengundi kali pertama terbabit pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata pengasas bersamanya Tharma Pillai.
“Kami belum mempunyai data terperinci bagi pilihan raya umum. Semalam, pada jam 4 petang dianggarkan 70% kadar keseluruhan keluar mengundi.
“Berdasarkan angka itu, kami percaya kadar keluar mengundi Undi18 mungkin kira-kira 75%.”
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan muktamad keluar mengundi bagi kerusi Parlimen adalah 73.89%.
Malaysia mempunyai 1.44 juta pengundi berumur antara 18 dan 20 tahun.
Pengundi muda mewakili 6.9% daripada 21.03 juta dalam daftar pemilih 2021 yang diwartakan SPR pada 17 Januari.
Undi18 berkuat kuasa tahun ini, menurunkan kadar umur mengundi daripada 21 kepada 18 dan memperkenalkan pendaftaran pemilih secara automatik. Pilihan Raya Negeri Johor pada Mac lalu adalah yang pertama menampilkan pengundi Undi18.
Selangor mempunyai jumlah pengundi baharu berusia 18-21 tahun tertinggi iaitu 280,495, diikuti Johor (176,618) dan Sarawak (133,015).
Tharma berkata, Undi18 hanya membentuk kira-kira 7% daripada jumlah pengundi.
“Fakta yang lebih penting adalah pengundi muda berumur 18 hingga 40 tahun yang membentuk kira-kira 51% daripada jumlah pengundi.
“Secara kolektif mereka mempunyai impak yang lebih besar dalam PRU15.”
Beliau berkata, peratusan keluar mengundi Undi18 pada PRU15 sebahagian besarnya berjaya kerana peratusan keluar mengundi belia.
“Satu lagi kejayaan adalah dari segi calon. Kebanyakan parti memilih untuk melakukan pembaharuan politik dengan memilih calon lebih muda berbanding calon lama.
“Terdapat muka baharu (calon) dan lebih banyak parti menampilkan golongan muda. Pemuda menjadi tumpuan utama banyak parti, terutamanya dalam manifesto mereka.”
Beliau berkata, satu-satunya isu yang dihadapi pengundi Undi18 adalah kos untuk pulang.
“Ada yang tinggal di Sabah dan Sarawak. Kos untuk pulang menjadi satu cabaran besar. Manakala yang lain sekadar isu kecil yang berjaya diselesaikan.” – 20 November, 2022.
Berita penuh di sini.