Mahu sekat internet bukti Putrajaya takut, kata pengguna media sosial
Iklan
PENGGUNA media sosial menganggap amaran dikeluarkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Salleh Said Keruak tentang kemungkinan kerajaan menyekat internet sebagai bukti ketakutan.
Menerusi Facebook dan Twitter, ramai pengguna menyifatkan tindakan memantau media sosial kerana mahu mengawal “penyalahgunaannya” adalah ancaman kepada kebebasan dan kerajaan takut hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Kerjanya untuk diamkan pembantah dan menyembunyikan kebenaran bagi melindungi korupsi dan salah laku,” kata seorang pengguna Facebook, Keith Chin.
“Jangan biarkan kerajaan rampas hak anda selaku warga negara yang bebas,” katanya.
Seorang lagi pengguna media sosial, Hisham Mohamed mempersoalkan mengapa Salleh mencadangkan tindakan sebegitu jika kerajaan tak buat silap.
“Mengapa bimbang jika awak tak buat salah? Mengapa awak terus menekan rakyat?” katanya.
Kim Hua Yeoh pula membangkitkan persoalan yang lebih ramai generasi muda kini bergantung kepada internet untuk dapatkan berita dan perkembangan isu semasa.
“Jadi kerajaan nak sekat era internet untuk Gen Y? Ramai generasi muda yang guna internet untuk baca berita dan berhubungan satu sama lain.
“Tak lama lagi tiada kebebasan bersuara untuk kebanyakan Gen Y dan orang yang lebih berusia jika undang-undang digazetkan untuk takutkan mereka!”
Boos Tutong pula mengatakan kerajaan perlu disingkirkan pada PRU14.
“(Mereka) terlalu takut. Singkirkan mereka daripada kuasa pada PRU14,” katanya.Sementara itu di Twitter pula, ramai pengguna merasakan kenyataan Salleh itu adalah satu lagi sebab mengapa BN perlu disingkirkan.
https://t.co/HZjlFyjwYJ there are already laws in place to deal with a lot of these “fake news” if indeed they are fake. You want to control the narrative? Maybe get your people to clean up their act!
— Jeffrey Saw (@mrjefe) March 6, 2018
More reason not to vote for the current ruling government! https://t.co/YJgGUy5p6C
— Paul Ooi (@psunster) March 6, 2018
Salleh hari ini dalam catatan blognya memberi amaran yang kerajaan terpaksa masuk campur untuk mengembalikan aturan dalam internet jika penggunanya tidak bertanggungjawab.
Beliau juga mengatakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga akan diminta memantau media sosial kerana pengguna sering memuat naik catatan melulu. – 6 Mac, 2018.