Iklan

Sistem insurans pekerja kutip lebih RM19 juta dalam tempoh 2 bulan

Yasmin Ramlan7 years ago8th Mar 2018Berita
Public transport 090115 seth 03
Jumlah caruman daripada Sistem Insuran Pekerja akan disalurkan sebagai elaun kepada pencarum yang mencari pekerjaan selain membiayai latihan program peningkatan kemahiran. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Mac, 2018.
Iklan

LEBIH daripada RM19 juta dikutip melalui jumlah caruman Sistem Insurans Pekerja (SIP) sejak ia dilaksanakan awal tahun ini, kata Menteri Sumber Manusia Richard Riot.

Menurut beliau, kerajaan menggunakan dana berkenaan antara lainnya akan disalurkan sebagai elaun kepada pencarum yang mencari kerja.

Dana berkenaan juga bagi latihan program peningkatan kemahiran dan latihan semula untuk mempersiapsiagakan golongan tersebut untuk memperoleh pekerjaan yang sesuai.

“Setakat 15 Februari tahun ini, bilangan majikan yang menyertai SIP berjumlah 240,077 majikan yang melibatkan jumlah kutipan caruman sebanyak RM19,922,407,” katanya.

Beliau menjawab soalan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS - Rantau Panjang) yang bertanyakan jumlah pekerja yang mendapat faedah daripada sistem tersebut.

Siti Zailah mengemukakan soalan tersebut semasa sesi soal jawah di Dewan Rakyat. – 8 Mac, 2018.

Iklan
Iklan