Peristiwa besar jadi tumpuan sepanjang 2022
Iklan
TIRAI 2022 berlabuh dengan menyaksikan beberapa peristiswa yang menyentuh rakyat Malaysia.
Antara peristiwa yang meninggalkan kesan kepada rakyat Malaysia ialah apabila saingan sengit Umno, DAP dan GPS daripada Sarawak duduk dalam satu kerajaan perpaduan. Ia juga menyaksikan Anwar Ibrahim akhirnya memenuhi cita-citanya dan menjadi perdana menteri ke-10.
Tahun ini juga menyaksikan bekas perdana menteri Najib Razak dipenjarakan kerana terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) manakala isterinya turut disabitkan kesalahan rasuah dalam kes lain.
Sebuah kelab ditutup selepas seorang peserta mengecam pihak berkuasa dengan perbuatannya manakala rakyat Malaysia keliru dengan laporan yang mendakwa ejen Israel Mossad terlibat dalam penculikan seorang warga Palestin di negara ini.
Berikut ialah 10 berita teratas pada tahun 2022.
1. Crackhouse Comedy Club ditutup selamanya
Kelab ini mencetuskan kontroversi selepas salah seorang pelawak menanggalkan baju kurung dan tudungnya untuk mendedahkan skirt mininya.
Pelawak wanita itu memberitahu penonton sebelum menjadi pelawak dia pernah bersekolah di sekolah agama dan menghafaz al-Quran sebelum menanggalkan pakaiannya hingga mendedahkan blaus dan skirt mini.
Video persembahannya tular dan disiasat oleh pihak berkuasa agama serta polis.
Susulan siasatan premis yang terletak di Taman Tun Dr Ismail diarah tutup oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Kemudian Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Jalaluddin Alias berkata keputusan untuk menutup kelab itu adalah untuk menghantar mesej bahawa kementerian dan DBKL tidak akan bertolak ansur dengan tingkah laku yang tidak menghormati sensitiviti agama, bangsa atau kedaulatan.
2. Cubaan culik oleh ejen Mossad
Sebuah saluran berita tempatan menerbitkan laporan mendakwa sekumpulan ejen Mossad terlatih tempatan berada di sebalik penculikan palsu seorang lelaki Palestin.
10 lelaki dan seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur kerana menculik seorang warga Palestin Omar Z. M. Albelbaisy bagi mendapatkan maklumat mengenai perisian yang digunakan untuk menggodam telefon bimbit.
3. Rosmah Mansor didapati bersalah
Rosmah Mansor yang merupakan isteri bekas perdana menteri Najib Razak didapati bersalah pada 1 September atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah untuk menangkis kes pendakwaan.
Rosmah boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan didenda lima kali ganda jumlah yang diterima atau diminta mengikut Seksyen 24(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Beliau didakwa meminta RM188 juta sebagai suapan dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin.
4. Najib Razak dipenjara
Bekas perdana menteri Najib Razak yang pada mulanya didapati bersalah akibat tuduhan rasuah dihantar ke penjara Kajang pada 23 Ogos selepas Mahkamah Persekutuan membatalkan rayuannya dan mengekalkan hukumannya dalam kes SRC International Sdn Bhd.
Mahkamah tertinggi memerintahkan beliau memulakan hukuman penjara 12 tahun serta-merta.
Di samping itu beliau perlu membayar denda RM210 juta jika gagal dan lima tahun penjara.
5. Pakatan Harapan menang 82 kerusi Parlimen pada PRU15
Pakatan Harapan yang diketuai oleh Anwar Ibrahim memenangi pilihan raya umum dengan 82 kerusi manakala Perikatan Nasional berjaya memperoleh 73 kerusi. Barisan Nasional kalah teruk dengan hanya 30 kerusi.
Bagaimanapun PH tidak boleh membentuk kerajaan tanpa mendapatkan kerjasama daripada BN kerana PN menjelaskan mereka tidak akan bekerjasama dengan Anwar dan DAP.
Kemelut itu berlarutan hampir seminggu dan dapat diselesaikan selepas Agong memerintahkan semua parti politik mengenepikan perbezaan dan membentuk kerajaan perpaduan.
Hanya BN yang memutuskan untuk menerima tawaran Agong untuk bekerjasama dengan PH. PN yang berpeluang menerima tawaran itu memutuskan untuk menjadi pembangkang menamatkan perselisihan antara parti politik di Malaysia.
6. Anwar Ibrahim jadi PM ke-10
Anwar boleh menjadi perdana menteri kelima negara jika bukan kerana pertikaian antara beliau dan Dr Mahathir pada 1998.
Beliau dipenjarakan atas tuduhan rasuah tetapi juga dituduh sebagai homoseksual yang mana bukan sekali tuduhan dibuat tetapi dua kali dalam karier politiknya - jenayah yang boleh dihukum di bawah undang-undang Malaysia.
Anwar mengangkat sumpah sebagai PM ke-10 pada November selepas mendapat sokongan daripada Umno, GRS, GPS dan Warisan.
7. Kerajaan perpaduan
Buat pertama kali dalam sejarah Malaysia negara mempunyai kerajaan perpaduan pertama antara PH, BN dan parti dari Sabah dan Sarawak.
Dikenali sebagai musuh ketat BN memutuskan untuk bekerjasama dengan PH berikutan titah istana selepas Parlimen tergantung yang menyaksikan negara ditadbir oleh perdana menteri sementara selama hampir seminggu.
PN diketuai Muhyiddin Yassin mendakwa mereka mempunyai jumlah untuk membentuk kerajaan tetapi Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi menafikan ahli Parlimen Umno menyokong ahli Parlimen Pagoh itu.
8. Tragedi Batang Kali
Salah satu tragedi tanah runtuh terburuk di negara ini yang menyaksikan 31 orang termasuk kanak-kanak maut dalam tragedi yang berlaku pada 16 Disember lalu.
Seramai 61 orang berjaya diselamatkan daripada keseluruhan 92 mangsa yang terlibat.
Pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada 250 orang daripada polis, tentera, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Bantuan dan Penyelamat Khas Malaysia dan pasukan pertahanan awam.
Mangsa terakhir yang hilang ditemui pada 4.53 petang 24 Disember, sembilan hari selepas bencana berlaku di di Gohtong Jaya.
9. Sekatan Covid-19 ditarik
Selepas hampir dua setengah tahun tertakluk kepada pelbagai peraturan Covid-19 Putrajaya menarik semula hampir kesemuanya. Walaupun rakyat Malaysia terus memakai topeng pelitup muka di tempat yang sesak, negara ini hampir kembali kepada keadaan sebelum penutupan Covid-19 pertama pada Mac 2020.
10. Pele meninggal dunia pada usia 82 tahun
Dunia berduka apabila legenda bola sepak Brazil Pele meninggal dunia pada usia 82 tahun di sebuah hospital di Sao Paulo.
Kenyataan hospital pada Khamis mengesahkan kematian “Raja Bola Sepak kami yang dikasihi” pada 3.27 petang waktu tempatan “disebabkan kegagalan beberapa organ akibat daripada perkembangan kanser yang dikaitkan dengan keadaan klinikalnya sebelum ini.”
Digelar “Mutiara Hitam”, Pelé adalah salah seorang daripada tiga pemain yang pernah menjaringkan gol dalam empat Piala Dunia.
Dalam 1,363 perlawanan beliau menjaringkan 1,281 gol, pada hari persaraannya pada 1977 lebih daripada dua kali lebih banyak daripada pencabar terdekatnya. – 31 Disember, 2022.