Iklan

Gangguan bekalan air bukan salah kerajaan negeri, kata Azmin

Melati A. Jalil7 years ago9th Mar 2018Berita
Azmin ali 090318 tmiseth 04
Menteri Selangor Mohamed Azmin Ali berkata tiada masalah kekurangan bekalan air kerana kerajaan negeri Selangor telah menyiapkan Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih 2 di Dengkil yang bernilai RM177.5 juta pada 1 Mac. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 9 Mac, 2018.
Iklan

MENTERI Besar Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan Selangor tidak harus dipersalahkan atas gangguan bekalan air di negeri itu kerana semua langkah proaktif untuk kerja-kerja penyelenggaraan berjadual telahpun diambil.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian sempadan dengan Menteri Besar Pahang Adnan Yakob, Azmin berkata tuduhan Perdana Menteri Najib Razak iaitu Selangor gagal mengurus air adalah tidak benar.

Kalau awak berani, salahkan perdana menteri.

Kami sudah mengambil langkah-langkah proaktif, jadi semua tuduhan perdana menteri yang kami gagal mengurus air, masalah bekalan air dan kekurangan air, adalah tak berasas,” kata Azmin.

Menurut Azmin, tiada masalah kekurangan bekalan air kerana kerajaan negeri Selangor telah menyiapkan Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih 2 di Dengkil yang bernilai RM177.5 juta pada 1 Mac.

Tempoh pemulihan bekalan air susulan kerja-kerja pembaikan peralatan kritikal di LRA Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) dilanjutkan selepas sistem mampatan udara (surge vessel) di loji itu pecah.

Bagaimanapun, kerja-kerja pembaikan tersebut selesai sebelum jam 5 petang pada Selasa.

Kira-kira 500,000 pemegang akaun Syabas dijangka akan menerima semula bekalan air pada esok atau Ahad sementara kerja-kerja pembaikan ke atas sistem mampatan udara selesai.

Azmin mengulangi semula kenyataannya bahawa kerajaan negeri sedang dalam proses mengambil semula Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dari kerajaan Persekutuan.

Jadi, kejadian yang berlaku di loji itu adalah di luar kawalan kerajaan negeri, kata Azmin. – 9 Mac, 2018.

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan