Iklan

Zairil sahkan bertunang dengan Dyana

Asila Jalil7 years ago10th Mar 2018Berita
Zairil dap
Dalam satu kenyataan di laman Faceboonya, Zairil berkata majlis pertunangan itu dilangsungkan di Ipoh awal hari ini dan dihadiri rakan tedekat dan ahli keluarga. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Mac, 2018.
Iklan

AHLI Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari hari ini mengesahkan bahawa beliau sudah bertunang dengan Ahli Jawatankuasa Sosialis Muda DAP Dyana Sofya Mohd Daud.

Dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, Zairil berkata majlis pertunangan itu dilangsungkan di Ipoh awal hari ini dan dihadiri rakan terdekat dan ahli keluarga.

“Ia adalah acara yang sangat istimewa dan saya bersyukur dengan bantuan diberikan,” kata Zairil yang juga penolong setiausaha publisiti DAP dan naib pengerusi DAP Pulau Pinang.

Zairil turut sempat menceritakan mengenai perkahwinannya terdahulu yang berakhir dengan perceraian pada tahun lepas dan bagaimana penerimaan keluarga dan dua anaknya terhadap Dyana.

“Mereka kata jika satu rezeki tertutup, rezeki lain akan terbuka. Dan begitulah kehidupan saya selepas berpisah.

“Saya amat gembira bertemu dengan Dyana, seorang teman yang dapat melengkapakan hidup saya dan menjadi tulang belakang saya.

“Apa yang penting Dyana diterima baik oleh semua ahli keluarga saya, terutama kedua-dua anak saya,” katanya.

Terdapat khabar angin yang mengatakan pasangan itu bercinta sejak 2014 apabila tersebar beberapa keping gambar yang mirip mereka berdua.

Mereka bagaimanapun menafikan khabar angin tersebut. – 10 Mac, 2018.

Iklan
Iklan