Iklan

Pemborong bimbang inflasi jejas kuasa beli pengguna pada Tahun Baharu Cina

Angie Tan2 years ago5th Jan 2023Berita
49937530302 c1aa5c47f2 o
Limau Mandarin dianggap membawa maksud kemakmuran untuk Tahun Baharu Cina dan penanda bermulanya tahun baharu. Pemborong mengurangkan import buah limau antara 10% hingga 20% tahun ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Januari, 2023.
Iklan

PENIAGA mengambil pendekatan mengurangkan stok jualan sempena Tahun Baharu Cina kerana bimbang pengguna akan berjimat cermat dalam perbelanjaan dalam sambutan kali ini berikutan keadaan ekonomi yang lembab dan inflasi.

Presiden Persatuan Pemborong Buah Kuala Lumpur Chin Nyuk Moy berkata jika peniaga beli terlalu banyak, mereka mungkin rugi apabila pengguna menghadkan perbelanjaan pada sambutan kali ini.

Chin berkata sebagai langkah berjaga-jaga, kebanyakan ahli persatuan itu mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

Katanya kepada The Malaysian Insight sempena Tahun Baharu China tahun ini yang akan diraikan tidak sampai sebulan lagi, dan menjadi sambutan pertama sejak sekatan Covid-19 ditarik balik – kebanyakan pemborong mengurangkan jumlah import barangan perayaan dan buah limau Mandarin, sebanyak 10% hingga 20% daripada jumlah biasa yang diimport sebelum pandemik.

Lebih kecil berbanding limau lain, limau Mandarin dianggap khusus membawa kemakmuran untuk Tahun Baharu Cina, sebagai penanda bermulanya tahun baharu.

Chin berkata antara faktor lain yang perlu dipertimbangkan untuk mengurangkan import mereka adalah inflasi dan keadaan ekonomi lembab.

Inflasi menyebabkan harga limau naik 5%.

“Kami memantau rapat situasi ini. Kita perlu lihat bagaimana permintaan pengguna.

“Kalau ada permintaan, kita akan import lagi, jika tidak  kita akan terbeban dengan stok yang tidak terjual. Buah limau ini mudah rosak dan susah untuk kekalkan ia segar.”

Beliau berkata kenaikan harga limau bergantung kepada jenis dan saiznya. Tahun lalu, harga limau Niang Kang naik kerana kos pengangkutan yang lebih tinggi.

Walaupun kos pengangkutan menurun tahun ini, Chin berkata harga buah itu tetap naik kerana hasil yang berkurangan.

Jenis Yong Chun antara yang kurang dihasilkan tahun ini tetapi Chin berkata harganya masih sama seperti tahun lalu.

Harga jenis Taiwan Ponkan pula naik 5% dan kini dijual pada harga RM70 sekotak, berbanding RM65 tahun lalu.

Chin berkata secara keseluruhan harga limau akan naik sedikit tahun ini berbanding tahun lalu.

Beliau menjangkakan cara perbelanjaan pengguna akan hanya dapat diketahui dalam tempoh 10 hari sebelum tahun baharu.

Katanya, orang ramai akan mula membeli limau sebagai hadiah atau hidangan di rumah sendiri bermula pertengahan bulan ini. – 5 Januari, 2023.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan