Iklan

Persatuan penduduk KL serah memorandum kepada Putrajaya

Yasmin Ramlan7 years ago12th Mar 2018Berita
Selamatkan kl tmikamal 01
Pengerusi Selamatkan Kuala Lumpur Dr Abdul Aziz Abdul Rahman berkata masa depan bandar raya Kuala Lumpur perlu ditentukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta penduduknya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Mac, 2018.
Iklan

GABUNGAN persatuan penduduk mengambil langkah berani dengan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Najib Razak bagi menyelamatkan Kuala Lumpur daripada pembangunan berlebihan.

Menurut Pengerusi Selamatkan Kuala Lumpur (SKL) Dr Abdul Aziz Abdul Rahman, empat platform utama akan ditekankan dalam manifesto kepada Putrajaya.

“Masa depan bandar raya Kuala Lumpur perlu ditentukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta penduduknya untuk memastikan negeri ini holistik dan bersemangat.

“SKL sangat mempercayai empat platform utama seperti yang digariskan dalam manifesto kami akan memberikan asas untuk pembangunan mampan Kuala Lumpur untuk generasi terkini dan generasi akan datang,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Manifesto tersebut merupakan; mendemokrasikan Majlis Bandaraya, memastikan penyerahan komuniti yang berkesan, melindungi ruang hijau dan awam serta mewartakan dan menguatkuasakan pelan tempatan Kuala Lumpur.

Kenyataan Aziz yang mewakili 30 persatuan penduduk itu dibuat sebulan selepas menggesa ahli Parlimen di Kuala Lumpur agar “sedar” dan menjaga ibu kota itu daripada pembangunan berlebihan. – 12 Mac, 2018.

MENYUSUL

Iklan
Iklan