Iklan

Ahli Parlimen DAP gesa perjanjian konsesi SPLASH disiasat

Melati A. Jalil7 years ago12th Mar 2018Berita
Iklan

AHLI Parlimen pembangkang terus menyalahkan Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) berhubung gangguan air di Selangor, menggesa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengkaji semula perjanjian konsesi.

Charles Santiago (DAP-Klang) berkata SPLASH tidak mempunyai pelan kontingensi yang sesuai untuk menangani kecemasan dan gagal memberikan maklumat terkini mengenai status kerja pembaikan.

“Nampaknya tiga pam air tidak dibaiki atau diselenggara sejak 2016 dan pam keempat diakui sebagai punca oleh Air Selangor kerana aduan pengguna dan hilang 30 juta liter air sehari dari empangan,” katanya semasa sidang akhbar di pusat media di Parlimen hari ini.

Santiago juga berkata SPAN perlu menyiasat mengapa tiga pam air tidak dibaiki selama lebih setahun, punca letupan semasa proses membaiki pam keempat dan jika prosedur diikuti serta sama ada sistem diselenggara dengan betul.

“Konsesi air juga menghadapi masalah kewangan memandangkan hutang mereka dengan Tenaga Nasional Bread (TNB) berjumlah jutaan ringgit.

“Oleh itu, persoalan penting yang perlu ditanya ialah sama ada perjanjian konsesi SPLASH perlu ditamatkan kerana penyelenggaraan yang teruk dan hutang yang sangat besar,” katanya.

Beliau juga menegaskan SPLASH, pembekal air terawat kepada Syabas, bertanggungjawab terhadap gangguan air kerana ia dianugerahkan konsesi 30 tahun oleh kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) Selangor pada Januari 2000.

“Selepas membaiki pam keempat, sistem saluran meletup semasa proses pengaktifan semula, mencederakan lima pekerja.

“Adalah jelas loji itu tidak diselenggara dengan baik dan hasilnya menyebabkan ribuan isi rumah putus bekalan air, kesusahan dan tidak termasuk perbelanjaan tambahan yang ditanggung oleh pengguna untuk membeli makanan dan air,” katanya.

Gangguan air minggu lepas, yang disebabkan oleh kerja pembaikan kecemasan di loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 3, dilaporkan menjejaskan dua juta pengguna di 427 kawasan. – 12 Mac, 2018.

Iklan
Iklan