Iklan

Pembebasan Anwar pada 8 Jun masih tertakluk kepada perubahan 

Melati A. Jalil7 years ago12th Mar 2018Berita
Parliament 20170406 tmihasnoor 01
Iklan

TARIKH pembebasan ketua umum PKR Anwar Ibrahim pada 8 Jun, 2018, tetapi ia masih boleh berubah bergantung kepada keadaan sama ada beliau melanggar peraturan penjara, kata Kementerian Dalam Negeri. 

Dalam jawapan bertulis di Parlimen bertarikh 6 Mac, kementerian terbabit berkata pengiraan itu dibuat berdasarkan Akta Penjara 1995 dan Peraturan Penjara 2000 dan tarikh pembebasan Anwar jatuh pada 10 Jun (Ahad) tetapi beliau boleh dibebaskan pada Jumaat, yang merupakan hari bekerja. 

“Bagaimanapun, hukuman dan tarikh pembebasan banduan masih boleh berubah sekiranya banduan melanggar peraturan penjara dan ia membawa kepada pembatalan remisi di bawah Peraturan Penjara 2000,” katanya. 

Kementerian itu menjawab soalan Gooi Hsiao Leung (PKR-Alor Star) yang bertanya kementerian terbabit pengesahan tarikh pembebasan Anwar berdasarkan remisi satu pertiga hukumannya. 

Anwar menjalani hukuman penjara lima tahun selepas disabitkan atas kesalahan meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008. 

Pada Jun, Timbalan Menteri Dalam Negeri Nur Jazlan Mohamed berkata tempoh pemenjaraan Anwar boleh dilanjutkan sekiranya beliau membuat kenyataan tanpa kelulusan ketua pengarah Jabatan Penjara.

“Kalau ada orang tengah yang membawa mesej daripada Anwar yang tidak diluluskan oleh Jabatan Penjara, ia merupakan satu kesalahan yang boleh memberikan impak kepada tempoh tahanannya,” katanya. – 12 Mac, 2018. 

Iklan
Iklan