Tiada guna rayu pemecatan Umno, kata Khairy
Iklan
KHAIRY Jamaluddin berkata beliau tidak akan membuat rayuan terhadap pemecatannya daripada Umno Jumaat lepas.
“Tiada gunanya merayu. Saya dipecat secara sepihak daripada parti,” katanya dalam wawancara radio dengan BFM pagi ini.
Beliau dipecat selepas menjadi ahli selama 23 tahun kerana didakwa bertentangan dengan kepentingan parti.
Khairy juga pernah menjadi pengkritik kuat Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam pelbagai isu.
Beliau bagaimanapun berkata hari ini walaupun dipecat beliau masih menganggap Zahid sebagai kawan.
Bekas ahli Parlimen Rembau itu mendedahkan beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Zahid walaupun secara terbuka mengkritik ahli Parlimen Bagan Datok itu beberapa kali semasa pilihan raya umum.
“Saya tiada apa-apa terhadap Zahid dan saya masih menganggap beliau sebagai kawan tetapi saya tidak tahu sama ada beliau masih menganggap saya sebagai kawan.
“Saya hanya mahu bertanding. Abdullah Ahmad Badawi didesak berundur pada 2008, Najib Razak diminta letak jawatan pada 2018, jika anda (Zahid) tidak mahu berundur, sekurang-kurangnya buka pertandingan (untuk jawatan tertinggi),” kata Khairy. – 30 Januari, 2023.
MENYUSUL