Iklan

Perikatan kekalkan Muhyiddin sebagai pengerusi, kata Wan Saiful 

Mohd Farhan Darwis2 years ago11th Mar 2023Berita
Armada bersatu tmi 14
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin tiba untuk mesyuarat agung tahunan sayap pemuda parti itu di Menara PGRM di Kuala Lumpur hari ini. Beliau didakwa atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM232.5 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 11 Mac, 2023.
Iklan

WAN Saiful Wan Jan yakin pemimpin parti komponen mahu Muhyiddin Yassin terus memegang jawatan, selepas pengerusi Perikatan Nasional itu berdepan tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.

Ahli Majlis Tertinggi Bersatu itu berkata keadaan yang menyebabkan beliau meletak jawatan sebagai ketua penerangan adalah berbeza dengan situasi yang dihadapi ahli Parlimen Pagoh itu.

“Saya dilantik sebagai ketua penerangan parti, manakala beliau dipilih (ke jawatan presiden) oleh ahli parti.

“Saya mempunyai tanggungjawab untuk melepaskan tugas (parti) saya,” katanya selepas mesyuarat agung tahunan sayap pemuda parti hari ini.

Bulan lalu Wan Saiful Wan Jan minta dibicarakan atas pertuduhan menerima hampir RM7 juta wang sogokan berhubung program Jana Wibawa.

Beliau turut didakwa meminta rasuah RM232 juta berhubung program sama untuk membantu kontraktor Bumiputera yang terjejas akibat pandemik.

Tidak lama kemudian beliau meletakkan jawatan.

Sementara itu Muhyiddin semalam didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuiah dan salah guna kuasa.

Bekas perdana menteri itu berdepan empat tuduhan salah guna kuasa dan dua tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM232.5 juta. – 11 Mac, 2023.

Iklan
Iklan