Iklan

Perikatan hanya lagak hero main isu kaum, kata Saifuddin

Diyana Ibrahim2 years ago18th Mar 2023Berita
hadi hamzah muhyiddin tmi 2023
Abdul Hadi Awang, Muhyiddin Yassin dan Hamzah Zainuddin hanya berlagak hero dengan memainkan isu agama dan kaum Melayu, kata Saifuddin Nasution. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Mac, 2023.
Iklan

PARA pemimpin pembangkang Abdul Hadi Awang, Muhyiddin Yassin dan Hamzah Zainuddin hanya berlagak hero dengan memainkan isu agama dan kaum Melayu, kata Saifuddin Nasution.

Setiausaha agung PKR itu berkata tiga pemimpin PN itu hanya berlagak sedemikian tetapi tidak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai ahli Parlimen.

Malah tiga pemimpin itu sekali pun tidak pernah muncul untuk bertanya soalan dalam sesi soal jawab bersama perdana menteri (PMQ) di Parlimen setiap Selasa, katanya.

“Belum pernah dalam sejarah Parlimen perdana menteri (luangkan) setiap hari Selasa selama 30 minit yang kita panggil sesi PMQ. Ahli Parlimen apa boleh tanya apa sahaja.

“Tapi sejak PMQ berlangsung dalam Parlimen, saya nak sebut tiada sekalipun ketua pembangkang (Hamzah) berhadapan dengan perdana menteri.

“Tiada Pagoh (Muhyiddin), Marang (Hadi) berdepan dengan perdana menteri.

“Di luar kamu hero, kamu jaguh. Kamu bela agama dan bangsa tempat berdebat dalam Parlimen kamu tidak sanggup berdepan bertarung sebagai anak jantan,” katanya. – 18 Mac, 2023.

Menyusul

Iklan
Iklan