Iklan

Kurang pekerja mahir jejas sektor khidmat penjagaan diri untuk pulih

Angie Tan2 years ago29th Mar 2023Berita
Kechantekan afp
Pemain industri di sektor khidmat penjagaan diri tidak dapat memenuhi permintaan yang menggalakkan berikutan kekurangan tenaga kerja selepas pandemik. – Gambar AFP, 29 Mac, 2023.
Iklan

SEKTOR perkhidmatan penjagaan diri - salun kecantikan dan rambut, salon kuku dan kulit - antara sektor yang masih bergelut untuk mengembalikan perniagaan ke landasan yang betul kerana kekurangan tenaga mahir, kata pemain industri.

Presiden Dewan Perniagaan Kosmetologi Malaysia (PAMM) Alvin Loh berkata, hanya penggaya rambut mahir, pakar penjagaan kulit atau artis kuku yang berkelayakan untuk memenuhi permintaan industri.

Loh memberitahu The Malaysian Insight sektor perkhidmatan penjagaan diri sepatutnya kembali seperti sebelum pandemik sekiranya bukan disebabkan oleh kekurangan pekerja mahir.

“Dan kita tidak bercakap tentang pekerja asing untuk mengisi kekosongan.

“Industri ini pulih dengan memuaskan, tetapi kami tidak boleh kembali ke tahap pasca-wabak kerana kami tidak dapat memenuhi permintaan yang amat menggalakkan,” kata Loh.

Katanya, dia membuat tinjauan dalam kalangan rakan industri di dalam dan luar negara dan mendapati masalah itu bukan sahaja di Malaysia.

“Secara teorinya, kita sepatutnya pulih sepenuhnya jika kita melihat kepada permintaan. Tetapi pada hakikatnya, kita tidak boleh mencapai ini.

“Tiada cara buat masa ini untuk perniagaan kembali 100%. Kami tidak mempunyai pekerja untuk itu.”

Loh berkata kekurangan pekerja mahir telah menyebabkan kerugian 15% dalam perniagaan.

Presiden Dewan Perniagaan Kosmetologi Malaysia, Alvin Loh berkata pandemik banyak menjejaskan sektor perkhidmatan kecantikan dan salun dan hingga kini timbul pula masalah kekurangan tenaga kerja.

Beliau berkata Tahun Baharu Cina baru-baru ini telah meningkatkan kedudukan industri itu.

“Banyak salun tidak dapat mengambil temu janji kerana mereka tidak mempunyai tenaga kerja.”

Loh berkata, salun penjagaan kulit dan kuku adalah yang paling banyak menghadapi masalah.

“Mereka kehilangan pekerja lebih cepat daripada menggantikan pekerja baharu. Salun rambut juga kekurangan pekerja, tetapi tidak seperti salon kuku dan kulit, sekolah teknik dan vokasional menghasilkan pendandan rambut.

“Pandemik menjadi punca kesusahan kita sekarang. Apabila salun dan salon diarahkan tutup semasa tempoh perintah kawalan pergerakan ramai artis kuku dan pakar kosmetik telah diberhentikan.

“Mereka berada dalam kesusahan. Tanpa pekerjaan dan tanpa pendapatan, mereka bergelut untuk terus hidup.”

Loh berkata mereka beralih ke pekerjaan yang paling kurang terjejas oleh PKP.

“Mereka pergi ke jualan. Malah ada yang bertukar kepada katering.

“Ramai yang tidak mahu kembali ke pekerjaan lama mereka kerana bimbang pandemik itu kembali yang boleh menyebabkan mereka kehilangan pekerjaan lagi.”– 29 Mac, 2023.

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan