Iklan

Lambakan sayur tahun ini kritikal, kata petani

Angie Tan2 years ago5th Apr 2023Berita
Economy daily life september 4, 2021 afif 04
Lambakan sayur biasa berlaku tetapi tahun ini situasinya lebih kritikal, kata persatuan peladang sayur. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 April 2023.
Iklan

SALAH kira pengeluaran kasar menjadi punca lambakan sayur di Semenanjung, menyebabkan peniaga di pasar borong terpaksa membuang sehingga 80% hasil tanaman, kata petani.

Presiden Persekutuan Persatuan Peladang Sayur Malaysia Lim Ser Kwee berkata, petani tersilap tidak mengambil kira faktor bulan Ramadan, cuaca dan penurunan mendadak permintaan sehingga 30%.

“Semasa Ramadan 60-70% orang Islam berbuka puasa hanya dengan makanan berasaskan daging.

“Lambakan sayur memang biasa berlaku tetapi tahun ini situasinya lebih kritikal,” kata Lim kepada The Malaysian Insight.

Menurutnya, hasil tanaman berkurangan beberapa tahun lalu ekoran kekurangan pekerja akibat pandemik Covid-19.

“Jadi, terdapat permintaan tinggi ketika itu,” katanya.

Tambah beliau, lambakan sayur di pasaran menyebabkan petani mengalami kerugian besar.

Sementara itu Timbalan Ppresiden Persatuan Peladang Cina Cameron Highlands Cheng Nam Hong berkata lambakan sayur biasanya berlaku selepas Tahun Baru Cina.

Keadaan ini menyebabkan petani malah pekebun kecil mengalami kerugian yang bukan sedikit.

Misalnya, bagi 300kg sayur yang dituai sehari, pekebun kecil boleh rugi kira-kira RM600 sehari jika hasil tanaman mereka dijual pada harga RM2/kg.

“Kerugian jadi dua kali ganda apabila sayur dijual separuh harga.” – 5 April 2023. 

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan