Iklan

PM umum bantuan khas Aidilfitri sukarelawan askar wataniah, tentera, maritim

Kalidevi Mogan Kumarappa2 years ago19th Apr 2023Berita
soldier tentera tmi 2018
Seramai 26,000 orang daripada tiga badan sukarelawan akan menerima bantuan khas Aidilfitri yang membabitkan peruntukan RM7.8 juta. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 April, 2023.
Iklan

BANTUAN Khas Kewangan Aidilfitri akan diperluaskan kepada tiga kumpulan sukarelawan lain membabitkan Rejimen Askar Wataniah, Pasukan Simpanan Angkatan Tentera (PSAT) dan Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia (PSMM).

Perdana Menteri Anwar Ibrahim, mengumumkan perkara itu selepas pihaknya menerima permohonan daripada tiga kumpulan berkenaan dalam pemberian bantuan khas terbabit.

“Saya dimaklumkan terdapat permohonan elaun untuk sukarelawan kerana kerana tidak dimasukkan tiga kumpulan iaitu wataniah, angkatan tentera dan maritim.

“Ketiga-tiga pemberian itu akan dimasukkan di dalam bantuan Aidilfitri sukarelawan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Bazar Ramadan PKNS melalui Program Santunan Ramadan Malaysia Madani.

Sementara itu, menurut Kementerian Kewangan seramai 26,000 akan terbabit dalam bantuan khas Aidilfitri itu dengan peruntukan RM7.8 juta daripada kerajaan.

Pada 29 Mac lalu, perdana menteri yang juga menteri kewangan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada lebih 200,000 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM), sukarelawan polis dan bomba.

Bantuan kali pertama yang diberikan itu menyaksikan setiap anggota akan mendapat bantuan tunai sebanyak RM300. – 19 April, 2023. 

Iklan
Iklan