Iklan

Kekurangan bahan asas punca kenaikan harga ubat tradisional Cina

Angie Tana year ago11th May 2023Berita
Traditional chinese medicine epa 180722
Kekurangan bekalan bahan yang banyak digunakan, winter wormwood dan wild mountain bubble ginseng, adalah punca kenaikan kos ubat itu sekarang. – Gambar fail EPA, 11 Mei, 2023.
Iklan

PENINGKATAN kos ubat-ubatan tradisional Cina di negara ini disebabkan kekurangan bekalan bahan asas dari China dan Taiwan yang diperlukan untuk menyediakan ubat-ubatan itu, kata penjual.

Mereka berkata purata kenaikan harga pada masa ini adalah antara 10% dan 20%.

Presiden Persatuan Peniaga Ubat Cina Wilayah Persekutuan dan Selangor, Loh Kim Fong berkata kekurangan bekalan itu berikutan lonjakan permintaan bahan asas di dua negara pengeluar utama - China dan Taiwan.

Loh bagaimanapun meredakan kebimbangan mengatakan turun naik kos dalam perubatan Cina bukanlah perkara baharu kerana ia berlaku sepanjang masa dan kosnya pasti akan berkurangan apabila bekalan kembali normal.

Beliau memberitahu The Malaysian Insight kekurangan bekalan bahan yang banyak digunakan, winter wormwood dan wild mountain bubble ginseng, adalah punca kenaikan kos ubat itu sekarang.

Loh berkata satu lagi punca kenaikan harga adalah disebabkan keadaan pasaran yang lembap.

“Pada masa ini permintaan terhadap ubat tradisional tidak terlalu baik. Perniagaan amat perlahan. Kedai ubat Cina berhenti membeli bahan-bahan itu.

“Orang ramai tidak lagi takut dengan Covid-19 seperti dahulu walaupun terdapat laporan mengenai kemunculan varian baharu.

“Mereka tidak lagi bergegas ke kedai kami. Semua orang menganggap Covid-19 sebagai selesema biasa tanpa perlu makan ubat.”

Loh berkata orang ramai merawat gejala itu dengan meminum banyak air, mengambil suplemen vitamin di kaunter dan merebus ginseng lama untuk diminum.

Penjual ubatan tradisional Cina berkata satu lagi punca kenaikan harga adalah disebabkan keadaan pasaran yang lembap. – Gambar fail EPA, 11 Mei, 2023.

“Sebelum ini, mereka membeli segala-galanya dari kedai, terutamanya sup penjernih paru-paru dan penyahtoksin.”

Presiden Persatuan Perubatan Cina Malaysia (MCMA) Heng Aik Teng bersetuju dengan penilaian Loh mengatakan terdapat peningkatan dalam permintaan di China dan Taiwan untuk ubat tradisional yang membawa kepada pengalihan bekalan untuk memenuhi penggunaan tempatan.

“Jumlah penduduk di China dan Taiwan yang mengambil ubat dewasa semakin meningkat.”

Heng berkata di Taiwan peningkatan permintaan adalah dua hingga tiga kali ganda.

Ia katanya adalah “penggunaan yang besar” dan sebab mengapa volum eksport menurun.

Beliau menambah kekurangan bekalan, yang dialami oleh negara seperti Malaysia, menyebabkan beberapa pakar herba mencari jalan keluar.

Heng berkata seorang pengeksport herba Taiwan memaklumkan kepadanya ubat tradisional amat diminati di negaranya sekarang sehinggakan apabila ubat baru dikeluarkan pada waktu pagi, semuanya akan dijual dalam masa enam jam. – 11 Mei, 2023.

Iklan
Iklan