Iklan

KKM tunggu kelulusan peguam negara untuk bivalen vaksin Covid

Kalidevi Mogan Kumarappaa year ago11th May 2023Berita
Pfizer-biontech vaccine epa 201220
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata KKM tunggu kelulusan peguam negara untuk meneruskan perolehan vaksin Covid-19 bivalen daripada Pfizer-BioNTech. – Gambar EPA, 11 Mei, 2023.
Iklan

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) sedang menunggu kelulusan daripada Jabatan Peguam Negara untuk meneruskan perolehan vaksin Covid-19 bivalen daripada Pfizer-BioNTech.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata kementerian berbincang mengenai perolehan dengan syarikat farmaseutikal itu.

“Mereka adalah yang memasarkan bivalen. Perjanjian itu masih dalam proses. Kami sedang menunggu AGC,” katanya.

Mac lalu, Zaliha berkata kementerian sedang berbincang dengan Pfizer-BioNTech mengenai pembekalan vaksin bivalen itu, dan tarikh pengedaran akan diumumkan sebaik sahaja rundingan selesai.

Pihak Berkuasa Kawalan Dadah kementerian sebelum ini meluluskan pendaftaran bersyarat untuk vaksin bivalen itu.

Vaksin bivalen pada asasnya ialah versi vaksin Covid-19 yang dinaik taraf yang mengandungi protein spike strain asal dan juga subvarian Omicron BA.1 dan BA.4-5.

Ia bertujuan untuk menyediakan perlindungan yang lebih baik terhadap subvarian baharu. – 11 Mei, 2023.

Iklan
Iklan