Iklan

Najib ‘pikat’ masyarakat India lagi menjelang PRU14

Asila Jalil7 years ago24th Mar 2018Berita
Najib razak 240318 tmiseth 02
Kerajaan akan memastikan masyarakat India mendapat kualiti pendidikan dan nilai kekeluargaan yang tinggi bagi mengatasi permasalahan yang ada sekarang ini, kata Najib di majlis NGO India Malaysia, Yayasan MyNadi di Putrajaya hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 24 Mac, 2018.
Iklan

PERDANA Menteri Najib Razak hari ini menawarkan lagi bantuan kepada masyarakat India menjelang pilihan raya umum seperti menjanjikan pelbagai pembangunan pendidikan dan masyarakat.

Berucap di majlis NGO India Malaysia, Yayasan MyNadi, beliau berkata Putrajaya sedang mengenal pasti jalan untuk meningkatkan bilangan pelajar India di universiti awam agar mencapat matlamat 7% buat pemuda India di institut pengajian tinggi.

“Percayalah bahawa saya ingin supaya setiap rakyat Malaysia termasuk kaum India merasakan ada harapan untuk semua dalam negara kita.

“Di bawah kepimpinan sekarang kita akan sentiasa membantu masyarakat India diletakkan ditempat yang betul dalam negara ini.

“Saya harap awak tahu apa yang perlu dibuat bila tiba masanya nanti,” katanya di hadapan lebih kurang 250 orang dalam majlis yang diadakan di Putrajaya hari ini.

Najib berkata, kerajaan akan memastikan masyarakat India mendapat kualiti pendidikan dan nilai kekeluargaan yang tinggi bagi mengatasi permasalahan yang ada sekarang ini.

Masyarakat India yang merupakan kumpulan etnik minoriti di Malaysia terdiri daripada dua juta penduduk dengan sebahagian daripada jumlah itu berada dalam kategori B40 atau pendapatan isi rumah bawah 40% yang tidak melebihi RM3,855 sebulan.

Beliau turut mengingatkan orang ramai yang kerajaan telah menambah 1.5 bilion unit dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) buat masyarakat India yang dalam kumpulan B40.

Penjualan unit itu bermula pada 29 Januari lalu dan perdana menteri berkata beliau akan melancarkan skim itu pada 7 April ini.

Najib juga mengumumkan bantuan RM1 juta bagi menyiapkan pembinaan Dewan Peringatan Gandhi di Sungai Petani.

Ujarnya, Pesuruhjaya Tinggi India turut menderma sebanyak RM700,000 untuk pembinaan itu.

“Sebagai sebuah kerajaan kita sentiasa menekankan bahwa dasar-dasar kita mestilah bersifat inklusif dan adil bagi memastikan tidak ada rakyat Malaysia yang ketinggalan.

“Dalam usaha untuk kita memastikan pembangunan itu menyentuh kehidupan setiap warga selain pembangunan itu bersifat inklusif, kita perlukan bukan sahaja kerajaan atau parti politik tetapi juga kuasa ketiga iaitu NGO,” katanya.

Pada April tahun lalu, Najib mengumumkan RM1 bilion akan diberikan untuk rancangan 10 tahun Malaysian Indian Blueprint (MIB) yang memfokuskan kepada peningkatan masyarakat india di negara ini.

Dalam Bajet 2018 yang dibentangkan Najib pada Oktober lalu, beliau memmperkenalkan inisiatif baharu untuk masyarakat India dengan bantuan sejumlah RM1.5 bilion dalam bentuk tambahan unit AS1M yang terhad hanya kepada 30,000 unit setiap pelabur. – 24 Mac, 2018.

Iklan
Iklan