Iklan

Hadi kekal ahli Parlimen Marang

Diyana Ibrahima year ago27th Jun 2023Berita
Pn negeri sembilan 210123 tmiseth 012 (1) abdul hadi awang
Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyan dikemukakan Umno yang membantah kemenangan Presiden PAS Abdul Hadi Awang di kerusi Parlimen Marang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Jun, 2023.
Iklan

MAHKAMAH Pillihan Raya Terengganu menolak petisyen Umno yang membantah kemenangan Abdul Hadi Awang di kerusi Parlimen Marang dalam pilihan raya umum lalu.

Hakim Hassan Abdul Ghani dalam penghakiman mengesahkan kerusi itu kekal milik PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Mahkamah menolak dan membantah petisyen difailkan Umno dengan kos RM50,000.

“Mahkamah mendapati bukti-bukti yang dikemukakan oleh pihak pempetisyen gagal menimbulkan keraguan yang munasabah,” katanya hari ini.

Petisyen tersebut difailkan calon Barisan Nasional (BN) yang kalah iaitu Jasmira Othman (Marang).

Umno mahu mahu membatalkan keputusan PRU15 di tiga kerusi itu kerana mendakwa terdapat “bukti jelas” daripada saksi yang mendakwa menerima wang daripada PAS yang memancing undi.

Umno memfailkan tiga petisyen di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 3 Januari.

Hadi menang dengan majoriti besar 41,279 undi dalam PRU15 di kerusi tersebut.

Presiden PAS itu hanya pernah kalah sekali kepada calon Umno BN pada pilihan raya umum 2004.

Pada masa sama Hassan berkata akan memaklumkan keputusan Mahkamah Tinggi bagi Parlimen Marang kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). – 27 Jun, 2023.

Iklan
Iklan