Saya sudah cakap, kata Pandikar berhubung kebocoran laporan
Iklan
PANDIKAR Amin Mulia berkata, beliau hanya menangguhkan laporan persempadanan semula pilihan raya dan tidak menyatakan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang membocorkan butirannya.
Speaker Dewan Rakyat itu berkata, mereka yang mahu tindakan diambil terhadap sebarang kebocoran perlu membuat laporan polis sendiri.
“Apa lagi yang boleh saya komen. Saya sudah cakap. Sekiranya ia dibawa keluar dari Dewan, ia akan bocor juga.
“Terdapat YB dari pembangkang, dari kerajaan yang berkata speaker perlu ambil tindakan. Saya ambil tindakan dari awal lagi. Saya memastikan ia tidak disiarkan di mana-mana,” katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.
Beliau mengulas berhubung tindakan kumpulan pendesak perubahan pilihan raya Engage yang mahu memuat naik laporan persempadanan semula pilihan raya di laman webnya, yang mana ia bertentangan dengan arahan Pandikar.
Ahli Engage, Wong Chin Huat berkata beloau akan memunat naik lebih 1,000 halaman laporan berkenaan di laman webnya dalam beberapa jam akan datang.
Beliau mengatakan dalam perkara itu, tidak semestinya Speaker yang mengambil tindakan.
Sebuah laman sesawang, The Other, mengeluarkan laporan yang didakwa laporan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari sama Pandikar mengarahkan semua ahli Parlimen untuk mendedahkan kandungan laporan sebelum ia dibentangkan di Parlimen.
Laman itu memuatnaik salinan semua tiga jilid laporan itu.
Laporan itu akan dibentangkan Purajaya esok untuk kelulusan Dewan Rakyat.
Pandikar yang mengeluarkan laporan itu minggu lepas mengatakan ia dikenakan embargo sehingga dibentangkan dan ahli Parlimen tidak dibenarkan menerbit atau mengedarkannya dalam sebarang bentuk.
Sementara itu, sebuah lagi kumpulan pendesak pilihan raya juga akan memuatnaik laporan itu ke dalam lamannya.
Wong Chin Huat, seorang ahli Engage berkata kumpulan itu akan memuat naik laporan dalam tempoh beberapa jam lagi kerana sangat mustahak untuk rakyat Malaysia membaca tentang kepincangan proses persempadanan semula itu. – 27 Mac, 2018.