Iklan

Pasangan Cina berebut kahwin kejar bayi tahun naga

Angie Tana year ago27th Jul 2023Berita
000 hkg9477734
Masyarakat Cina berebut-rebut untuk berkahwin tahun ini kerana percaya bayi yang dilahirkan dalam Tahun Naga pada 2024 dikurniakan tuah dan kekuatan yang luar biasa. – Gambar AFP, 26 Julai 2023.
Iklan

KEINGINAN untuk menimang cahaya mata dalam “Tahun Naga” pada 2024 menyebabkan ramai pasangan dalam kalangan kaum Cina berebut-rebut untuk berkahwin kerana percaya ia adalah masa yang paling bertuah untuk mempunyai anak.

Memandangkan masyarakat Cina biasanya mengadakan jamuan perkahwinan mereka di restoran yang popular dan industri katering secara amnya sedang bersiap sedia untuk waktu yang sibuk dari Oktober hingga akhir tahun ini.

Beberapa restoran memberitahu The Malaysian Insight tempahan untuk jamuan sebegitu mencecah 95% kerana pasangan mengambil langkah pertama untuk mempunyai “bayi naga”.

Masyarakat Cina percaya bayi yang dilahirkan dalam kitaran zodiak 12 tahun ini dikurniakan tuah dan kekuatan yang luar biasa.

Pada zaman dahulu naga adalah simbol yang dikhaskan untuk maharaja China.

Pengerusi Persatuan Restoran dan Kedai Teh Koo Soo Kwong Choon Tong Vinah Yee Yook Chee berkata Disember akan menjadi bulan paling sibuk untuk restoran di Pulau Pinang apabila ramai pasangan menempah jamuan perkahwinan mereka pada malam sambutan Krismas dan Hari Krismas.

Yee berkata terdapat banyak pertanyaan untuk beberapa bulan pertama tahun depan dan ada yang meletakkan deposit untuk tempahan mereka.

Beliau berkata majoriti tempahan kenduri kahwin dibuat lebih awal kerana bilangan restoran di Pulau Pinang berkurangan disebabkan oleh wabak Covid-19 dan yang masih beroperasi kebanyakannya bersaiz kecil dan sederhana dengan tempat duduk terhad.

“Yang besar sama ada sudah tutup kedai atau masih bersedia untuk dibuka semula,” katanya. – 26 Julai 2023.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan