Iklan

Rajiv tidak ambil mudah perlawanan 3 penjuru

Noel Achariama year ago3rd Aug 2023Berita
Dscf0077
Rajiv Rishyakaran berkata beliau tidak akan mengambil mudah dalam perlawanannya menentang dua lagi calon PRN di Bukit Gasing, walaupun beliau menang kerusi itu selama dua penggal. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Ogos, 2023.
Iklan

PENYANDANG Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran tidak akan mengambil mudah dalam perlawanannya menentang dua lagi calon pada pilihan raya negeri (PRN) yang akan diadakan 12 Ogos ini.

Katanya, walaupun berjaya mempertahankan kawasan Bukit Gasing selama dua penggal, beliau tidak akan memandang rendah pencabarnya.

“Walaupun saya yakin dengan sokongan pengundi, saya tidak akan mudah,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Rajiv berkata pejabat khidmatnya mengendalikan 6,000 aduan awam dan cadangan sepanjang 10 tahun lalu.

“Saya selalu mencara cara untuk menambah baik kehidupan pengundi di kawasan saya,” katanya.

Bukit Gasing akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan Rajiv, jika menang akan mewakili Pakatan Harapan (PH) untuk kali ketiga.

Pada pilihan raya umum lalu, Rajiv menang dengan 25,835 undi majoriti. Beliau memperoleh 29, 366 undi sementara calon Barisan Nasional Chai Ko Thing meraih 3, 531 undi manakala seorang calon daripada Ikatan David Sew Kah Heng, menerima 890 undi.

Rajiv, 41, yang juga seorang jurutera, akan menentang calon Muda, V.K.K. Raja dan D. Nallan daripada Perikatan Nasional.

Antara isu yang ditangani di kawasan itu adalah memastikan ia tidak banjir, subsidi kos penganjuran kelas dan membeli telefon pintar, anjurkan acara dan festival serta memberikan bantuan makanan.

Beliau turut mengadakan dua sesi dengan penduduk – setiap Rabu dari 4 petang hingga 7.30 malam – di mana penduduk boleh mengadukan sebarang masalah.

Beliau juga mengadakan klinik bantuan guaman percuma secara berkala untuk membantu penduduk yang memerlukan. – 3 Ogos, 2023.

Berita penuh di sini.

Iklan
Iklan