Iklan

Perikatan umum sapu bersih kerusi DUN Terengganu

Diyana Ibrahima year ago12th Aug 2023Berita
Perikatan nasional pn 52453870773 9ab4439acb c (1)  full
Perikatan Nasional menang majoriti mudah 17 kerusi dalam pilihan raya negeri kali ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Ogos 2023.
Iklan

PERIKATAN Nasional (PN) mengumumkan menang kesemua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menang satu kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Perkara itu diumumkan Pengarah Pengarah Pilihan Raya Terengganu Yahaya Ali di Rusila.

Ia mengulangi pencapaian PN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) apabila gabungan itu menang kesemua lapan kerusi Parlimen Terengganu.

Ini merupakan kekalahan berturut-turut Barisan Nasional (BN) yang menyaksikan nama besar pemimpin parti itu kecundang.

Antaranya ialah Pengerusi BN Terengganu Ahmad Said yang tewas di kerusi Kijal di tangan calon PN Razali Idris dengan perbezaan  2,797 undi.

Selain itu bekas menteri besar Ahmad Razif Abdul Rahman juga gagal mempertahankan kerusi Seberang Takir yang dipegang selama tiga penggal.

Razif kalah kepada calon PN Khazan Che Mat dengan perbezaan 2,797 undi. – 12 Ogos 2023.

Iklan
Iklan