RUU Antiberita Tidak Benar dijangka diluluskan hari ini
Iklan
RANG Undang-undang (RUU) Antiberita Tidak Benar yang mengundang kontroversi dijangka akan dibahas dan diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Said mengusulkan supaya sidang hari ini dilanjutkan sehingga RUU yang dibentangkan pada Isnin lepas itu disokong oleh Dewan Rakyat.
“Dewan Rakyat tidak akan ditangguhkan sehinggalah RUU ini diluluskan hari ini,” katanya di Dewan Rakyat.
Mengikut RUU tersebut, pihak yang didapati bersalah menyebarkan berita palsu boleh dikenakan denda maksimum sebanyak RM500,000 atau 10 tahun penjara jika sabit kesalahan.
Fasal 2 RUU itu mentakrifkan “berita tidak benar” sebagai “berita, maklumat, data dan laporan palsu, sama ada dalam bentuk rencana, visual, rakaman audio atau bentuk lain”. – 29 Mac, 2018.