Iklan

Sektor pembuatan perlahan tetapi pekerjaan masih stabil, kata pemain industri

Noel Achariama year ago26th Aug 2023Berita
Manufacturing
Prospek pasaran buruh Malaysia bagi sektor pembuatan kekal positif, dan dijangka terus kukuh pada 2023.– Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Ogos, 2023.
Iklan

TIDAK ada kehilangan pekerjaan yang besar walaupun industri pembuatan mengalami aliran menurun, kata pengilang dan majikan.

Mereka berkata walaupun berlaku kelembapan, industri melakukan segala yang boleh untuk mengekalkan tenaga kerjanya.

Menurut mereka walaupun kelembapan ekonomi global memberi kesan kepada sektor itu, prospek pasaran buruh Malaysia, bagaimanapun positif, dan dijangka terus kukuh pada 2023.

Presiden Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM), Soh Thian Lai berkata, penemuan awal Kaji Selidik Keadaan Perniagaan FMM 1H (separuh pertama) 2023 menunjukkan majoriti majikan mengekalkan jumlah pekerja mereka pada ketika ini.

Soh berkata sektor pembuatan mula menunjukkan tanda-tanda kelembapan pada suku pertama 2023 (S12023).

Ini katanya, adalah kerana pertumbuhan global kekal lemah dan ekonomi dunia terus menghadapi masalah dalam keadaan prospek pertumbuhan yang lemah, inflasi yang tinggi dan ketidaktentuan yang memuncak.

“Pertumbuhan telah terjejas oleh permintaan luar yang lemah bagi sektor pembuatan yang menyaksikan pertumbuhan 3.2% pada 1Q2023 berbanding 3.9% pada 4Q2022.

“Pertumbuhan dalam sektor itu menyaksikan penurunan selanjutnya pada 2Q2023 yang menyaksikan sektor itu berkembang sebanyak 0.1%.”

Minggu lepas, Kementerian Kewangan (MOF) berkata pengembangan ekonomi Malaysia pada S2 2023 disokong oleh pertumbuhan dalam sektor pembinaan, perkhidmatan dan pembuatan.

“Sektor pembinaan mencatatkan prestasi paling kukuh, melonjak 6.2% pada suku tersebut, diikuti oleh perkhidmatan (4.7%) dan pembuatan (0.1%),” tambahnya.

MOF juga berkata permintaan luar untuk separuh kedua (2H) 2023 akan terus terjejas oleh kelemahan global.

Ini termasuk ketegangan geopolitik, gangguan rantaian bekalan yang berterusan, dasar monetari yang ketat untuk menangani inflasi global dan prospek pertumbuhan ekonomi utama, yang kebanyakannya merupakan rakan dagangan utama Malaysia.

Soh berkata kelembapan dalam pertumbuhan adalah fenomena global di mana organisasi seperti Tabung Kewangan Antarabangsa telah mengunjurkan pertumbuhan global jatuh kepada 3.0% pada 2023 daripada 3.5% pada 2022 dan diunjurkan kekal pada 3% pada 2024.– 26 Ogos, 2023.

Berita penuh di sini. 

Iklan
Iklan