Iklan

Pengerusi Suhakam letak jawatan

Noel Achariama year ago28th Aug 2023Berita
Rahmat Mohamad
Rahmat Mohamad sebelum ini didakwa mengamalkan diskriminasi kaum dan salah guna kuasa. – Gambar Facebook, 28 Ogos, 2023.
Iklan

PENGERUSI Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Rahmat Mohamad meletak jawatan berkuat kuasa 31 Ogos ini, menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang) hari ini.

Ia berkata Putrajaya akan melantik pengerusi sementara tidak lama lagi bagi memastikan Suhakam berjalan lancar dalam tempoh peralihan ini.

Ia dilakukan agar individu yang dipilih dapat menjalankan tugas pengerusi sehingga pengerusi baharu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Pada Julai, kakitangan Suhakam menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said agar menyiasat pengerusi mereka.

Seramai 20 pekerja Suhakam menuduh Rahmat melakukan penyalahgunaan kuasa dan diskriminasi kaum.

Surat yang dilihat oleh The Malaysian Insight menunjukkan kakitangan berkenaan menulis kepada Azalina pada 18 Mei meminta bantuannya.

Rahmat, pakar undang-undang dan hak asasi manusia dari Universiti Teknologi Mara, dilantik mengetuai pertubuhan itu pada 22 Jun tahun lalu.

“Pelantikan itu bertepatan dengan latar belakang beliau dalam bidang undang-undang antarabangsa serta pengalaman beliau sebagai setiausaha agung kelima Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika.”

Rahmat kini merupakan pengerusi Lembaga Penasihat Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC Advisory Board) bagi sesi 2023-2025. – 28 Ogos, 2023.

Iklan
Iklan