Iklan

Rakyat Malaysia pandu Mercedes lama jelajah 21 negara sambil beramal

Noel Achariama year ago30th Aug 2023Berita
Seet Wai Song 1A
Seet Wai Song berjaya menamatkan misi kembara solo dari Kuala Lumpur ke Stuttgart, Jerman Ahad lalu selepas mengharungi perjalanan sejauh 200,000km selama 56 hari. – Gambar Seet Wai Song, 30 Ogos 2023.
Iklan

RAKYAT Malaysia Seet Wai Song berjaya menamatkan misi kembara solo dari Kuala Lumpur ke Stuttgart, Jerman sambil mengumpul dana untuk Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) selepas mengharungi perjalanan sejauh 200,000 kilometer selama 56 hari.

Dengan memandu kereta Mercedes-Benz W115 berusia 50 tahun dihiasi lukisan yang ditempah khas pada 1974, Seet merentasi 21 negara bermula 3 Julai lalu.

Pengembaraan yang dibiayai sendiri itu berakhir di Stuttgart pada Ahad, 27 Ogos lalu.

Seet, 65, yang sebelum ini pernah membantu mengumpul dana untuk beberapa pertubuhan masyarakat sivil, setakat ini telah berjaya mengutip RM8,703 menerusi pendanaan awam (crowdfunding). Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menderma di sini.

Juga dikenali sebagai Chef Song, Seet berharap misi kembara solonya dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengembara sambil beramal dan mempromosikan negara.

“Saya ucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan kepada semua rakyat Malaysia. Ambillah peluang untuk mengembara sambil mempromosikan negara.

“Saya berharap pengembaraan saya akan jadi inspirasi untuk anda semua. Saya mahu ia jadi pendorong kepada semua orang untuk mengembara ke seluruh dunia dan menceritakan kehebatan Malaysia,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Seet Wai Song berharap beliau dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengembara sambil beramal dan mempromosikan negara. – Gambar Seet Wai Song, 30 Ogos 2023.

Seet berkata misi kembara solonya telah dirancang sejak beberapa tahun lalu tetapi terpaksa ditangguhkan ekoran pandemik Covid-19.

“Enam bulan lepas saya beritahu isteri dan anak, saya mahu mulakan misi kembara ini. Mereka menyokong usaha saya walaupun pada mulanya agak ragu-ragu.”

Sepanjang pengembaraannya ke Stuttgart, perniagaan katering keluarga mereka, Chef on Wheels diuruskan oleh isterinya.

Selain untuk mengumpul dana bagi NCSM, hobinya yang gemar memandu dan menjelajah ke tempat baharu mendorong Seet memulakan misi kembara solonya.

“Saya rasa setiap orang mahu lakukan sesuatu dalam hidup mereka seperti menyelam, melakukan aktiviti terjun udara atau aktiviti mencabar lain.

“Begitu juga saya, saya gemar memandu dan pada masa yang sama saya menyebarkan kesedaran tentang kanser kepada masyarakat,” jelas beliau. – 30 Ogos 2023.

Berita penuh di sini

Iklan
Iklan